ICU Mula Lengang, Tapi Kes Kematian Di Rumah (BID) Masih Tinggi & Serius
Semalam (16 Ogos), 274 kes kematian dilaporkan dan 77 daripadanya adalah Brought-In-Dead (BID).
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
“Mula nampak titik cahaya di hujung terowong yang gelap.”
Antara perkara yang diungkapkan oleh pihak hospital sebuah hospital yang menjelaskan perasaan gembira yang disimpan sejak minggu lalu kerana menurutnya, kemasukan pesakit warganegara kian berkurang.
Kami di Lembah Klang sudah mulai nampak titik cahaya di hujung terowong yang gelap. Samar-samar tapi penuh harapan. Awal Julai kami dapati kemasukan pesakit Covid-19 warganegara mulai menurun dan majoriti yang datang adalah warga asing.
Dr. Hana Hadzrami, Pakar Anestesiologi dan Rawatan Rapi melalui Facebook.
Menurutnya, rujukan pesakit daripada bahagian kecemesan kepada pasukan unit rawatan rapi (ICU) untuk pesakit kritikal juga semakin berkurangan.
Jika dahulu, panjang senarai menunggu di papan tulis ICU, dengan kertas bersambung-sambung sebab tak cukup ruang. Sekarang dah nampak sedikit ruang.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Sinar Harian, situasi sama juga dapat dilihat bagi kes kategori lima. Ini adalah hasil keberkesanan program vaksinasi yang giat dipertingkatkan dari masa ke masa.
Alhamdulillah.
ICU lengang, BID pula dibimbangkan
Pada hujung Mei lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa jumlah pesakit Covid-19 yang dibawa mati (BID) atau meninggal dunia akibat Covid-19 tanpa mendapat rawatan semakin meningkat dan menyenaraikan tiga ‘senario’ yang mungkin terjadi kerana trend ini dilihat berterusan.
BACA SINI: Kes Brought In Dead (BID) Kian Meningkat – Ini 3 Cara Perkara Ini Boleh Terjadi

Kes kematian di rumah atau di luar hospital melibatkan individu yang dijangkiti virus ini pula masih tinggi dan ia perlu diberi perhatian serius.
Ini kerana pesakit kategori ini mungkin tidak bergejala teruk dan kuarantin di rumah sama ada tinggal bersama keluarga atau bersendirian. Apabila diri sendiri yang memantau maka tidaklah sebaik pemantauan doktor di hospital.
Amat membimbangkan.
Semalam (16 Ogos), Malaysia telah mencatatkan 19,740 kes positif harian baharu. Manakala, 274 kes kematian dilaporkan dan 77 daripadanya adalah Brought-In-Dead (BID).

Kami berharap pihak KKM dapat memberikan perhatian yang serius untuk menangani isu ini supaya lebih banyak nyawa dapat diselamatkan.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.



