Now Reading
Kes Brought In Dead (BID) Kian Meningkat – Ini 3 Cara Perkara Ini Boleh Terjadi

Kes Brought In Dead (BID) Kian Meningkat – Ini 3 Cara Perkara Ini Boleh Terjadi

Inilah perkara yang paling mungkin berlaku sekiranya wabak ini berterusan.

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Kes baru positif Covid-19 hari ini, 28 Mei 2021, telah mencecah 8,290 – dan ianya merupakan kes tertinggi pernah direkodkan.

Selangor sekali lagi mendahului negeri-negeri lain dengan jumlah kes tertinggi iaitu 2,052 telah dikesan.

Di bawah merupakan pecahan mengikut negeri:

Kes Brought In Dead (BID) semakin meningkat

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa jumlah pesakit Covid-19 yang dibawa mati (BID) atau meninggal dunia akibat Covid-19 tanpa mendapat rawatan semakin meningkat dan menyenaraikan tiga ‘senario’ yang mungkin terjadi kerana trend ini dilihat berterusan.

Senario 1

Bergejala seperti demam dan batuk. Pergi ke klinik untuk dapatkan ubat. Tidak buat ujian saringan #COVID19. Beberapa hari kemudian ditemui meninggal dunia di rumah.

Senario 2

Didapati positif Covid-19. Telah dilapor kepada KKM oleh klinik swasta. Ditemui meninggal di dunia di rumah sebelum sempat dihantar ke PKRC atau hospital.

Senario 3

Hilang deria rasa dan sangat letih tapi tidak mengambil serius gejala-gejala ini. Hanya berehat di rumah. Beberapa hari kemudian ditemui meninggal dunia di rumah.

KKM turut menyarankan orang ramai untuk duduk di rumah, keluar hanya perlu (bekerja atau beli barang keperluan) dengan patuh sepenuhnya SOP. Jika bergejala, buat ujian saringan untuk rawatan awal.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd