Kedudukan PM Berdasarkan Sokongan Ahli Parlimen, Bukan Kenyataan Parti – Peguam Negara
Beliau mengatakan bahawa dari sudut undang-undang; Perdana Menteri dan Kabinet sedia ada dapat terus memegang kuasa eksekutif persekutuan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Peguam Negara Tan Sri Idrus Azizan Harun mengatakan bahawa sama ada seseorang itu mendapat sokongan Ahli Parlimen atau tidak – ianya harus ditentukan oleh Ahli Parlimen itu sendiri, bukan melalui kenyataan oleh parti politik atau pemimpin parti.
Oleh itu, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini menyentuh tentang pengumuman Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi malam tadi, Idrus mengatakan bahawa tidak ada fakta yang jelas untuk menunjukkan bahawa Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yasin tidak mendapat sokongan majoriti di Parlimen.
Berdasarkan Perkara 43 (1, 2, dan 2a) Perlembagaan Persekutuan, Idrus mengatakan bahawa dari sudut undang-undang – Perdana Menteri dan Kabinet sedia ada dapat terus memegang kuasa eksekutif Persekutuan.
Perkara 43: Jemaah Menteri menjelaskan:
(1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik suatu Jemaah Menteri untuk menasihatinya dalam: penjalanan fungsinya.
(2) Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti yang berikut, iaitu:
(a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu;
Ahmad Zahid dalam siaran langsung mengatakan bahawa UMNO, yang mempunyai kerusi terbanyak di Parlimen, telah menarik balik sokongannya kepada Perdana Menteri berikutan perjumpaan selama 5 jam antara kepimpinan parti, walaupun perinciannya masih belum jelas kerana banyak Menteri Kabinet dalam kerajaan adalah dari UMNO.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.