Now Reading
Sekali Lagi, Malaysia Tak Akan Hantar Jemaah Haji Buat Tahun 2021

Sekali Lagi, Malaysia Tak Akan Hantar Jemaah Haji Buat Tahun 2021

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengesahkan perkara berkenaan selepas menerima panggilan telefon daripada Tuan Yang Terutama Dr. Abdelfattah Sulaiman Mashat, Timbalan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Malaysia sekali lagi membuat keputusan untuk tidak menghantar jemaah haji bagi musim haji 1442H.

Keputusan ini telah dibuat setelah kerajaan Arab Saudi mengeluarkan kenyataan di mana ibadah haji bagi tahun ini dihadkan hanya untuk warganegara Saudi dan penduduk negara lain yang telah berada dalam negara tersebut sahaja.

Susulan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pihaknya akur dengan keputusan itu.

Saya ingin menyatakan bahawa Malaysia tidak akan menghantar jemaah haji bagi musim haji 1442H, akur serta menghormati keputusan kerajaan Arab Saudi yang hanya membenarkan ibadah haji dijalankan bagi warganegara Saudi dan penduduk negara lain yang telah berada dalam negara tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri, melalui Astro Awani.

Walau bagaimanapun, kerajaan akan memastikan segala urusan rakyat Malaysia yang telah berada di sana dan terpilih untuk melaksanakan ibadah haji bagi musim haji 1442H diuruskan dengan sebaiknya.

Pada yang sama, beliau turut memohon maaf kepada rakyat Malaysia dan mendoakan agar pandemik Covid-19 segera berakhir supaya umat Islam dapat kembali ke tanah suci untuk masa akan datang.

Keputusan ini sudah pasti amat berat dan sukar untuk diterima, tetapi kita tetap yakin dengan hikmah di sebalik keputusan tersebut.Saya menginsafi situasi yang sedang kita hadapi mutakhir ini sebagai sebuah ujian yang amat berat. Pun begitu, saya tetap yakin dengan doa dan munajat kita semua yang sudah pasti pandemik Covid-19 akan berlalu pergi dari kamus kehidupan kita.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri, melalui Astro Awani.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

four × 2 =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd