Now Reading
“Doakan Saya” – Vivy Yusof Keguguran

“Doakan Saya” – Vivy Yusof Keguguran

Menurut Vivy Yusof, dia telah cuba sedaya-upaya untuk menyelamatkan bayi dalam kandungannya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Mendapat berita kehamilan semestinya merupakan sesuatu yang sangat mengembirakan buat pasangan suami isteri.

Apatah lagi bagi mereka yang setelah sekian lama mencuba bagi mendapatkan zuriat dan akhirnya dikurniakan dengan rezeki itu.

Namun begitu, kadang-kala ia tidak berakhir dengan kegembiraan, tetapi kesedihan, apabila kandungan keguguran. Lebih meruntun jiwa apabila keguguran itu terjadi secara mengejut.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber gambar: Unsplash)

Mariam Berdoa Agar Ibunya Mengandung

Itulah yang berlaku terhadap Datin Vivy Sofinas Yusof, pengasas bersama FashionValet dan The dUCk Group yang keguguran anak kelima.

Khabar duka itu dikongsikan Vivy menerusi satu coretan panjang di akaun Instagram miliknya malam tadi (25 Mac).

Menurut Vivy, dia mendapat tahu kandungannya telah gugur menerusi ujian darah yang dilakukan.

Menerusi ruangan kapsyen, Vivy menceritakan bahawa kehamilannya terjadi tanpa dirancang.


Anak-Anak Pada Mulanya Teruja Dapat Berita Gembira

Menurut Vivy lagi, pada mulanya, berita tentang kehamilan tersebut membuatkan suaminya, Fadza Anuar, serta anak-anak mereka teruja. Malah, anak keduanya, Mariam, turut menangis kegembiraan.

Namun bagai sudah tertulis, kegembiraan mereka tidak lama apabila Vivy mula berdepan masalah kehamilan.

Sumber gambar: @vivyyusof/ Instagram

Mula Mengalami Masalah ‘Spotting’

Perkara itu mula disedari Vivy apabila dia tiba-tiba mengalami masalah pendarahan ringan pada faraj, atau dikenali sebagai ‘spotting’, setiap hari.

Dia telah melakukan tiga ujian darah dalam masa seminggu untuk memantau kadar kehamilan, yang biasanya dilihat menerusi paras hormon hCG.

Menerusi hantaran sama, Vivy turut berkongsi beberapa gambar sewaktu dia sedang menjalani pemantauan dipercayai di sebuah hospital bagi memastikan kesihatan anak dalam kandungannya.

Tambah Vivy lagi, dia sebelum ini tidak ada berkongsi kepada sesiapa tentang keadaan kesihatannya. Sebaliknya, dia banyak melakukan kerja secara dalam talian dan tidak menghadiri sebarang acara walaupun untuk jenamanya sendiri.

Fadza (suami) akan berikan ubat-ubatan dibalut di dalam tisu seperti pembalut gula-gula supaya saya tersenyum. Sahabat-sahabat karib saya akan datang untuk melihat keadaan saya dan baring di atas katil bersama-sama.

Vivy Yusof
Sumber gambar: @vivyyusof/ Instagram

Ujian Darah Sahkan Keguguran

Walaupun segala usaha telah dilakukan, namun takdir Allah SWT mengatasi segalanya. Ujian darah terakhir yang dilakukan Vivy mendapati dia telah kehilangan kandungannya.

Luah Vivy lagi, apabila ditanya oleh orang tersayang tentang keadaannya, dia tidak pasti apa jawapan yang harus diberikan kerana dia sendiri masih keliru.

Dedahnya juga, walaupun kandungannya itu tidak dirancang, dia telah berusaha sedaya-upaya untuk menyelamatkannya.

Malah, Vivy beranggapan apa yang terjadi kerana Allah SWT melindungi dia daripada meneruskan kehamilan yang tidak sihat. Dia juga reda dan bersyukur atas segala apa yang telah dikurniakan kepadanya.

Saya akan sembuh nanti dan kembali berdiri. Mohon doakan saya.

Vivy Yusof
Sumber gambar: @vivyyusof/ Instagram

Bukan Keguguran Kali Pertama

Sebagai makluman, sebenarnya ini bukanlah pertama kali Vivy mengalami keguguran. Dia telah menghadapi masalah itu sebanyak dua kali sebelum ini.

Vivy kini mempunyai empat orang cahaya mata dengan anak sulungnya Daniel Azim Shah (11), Mariam Iman Shah (9), Sarah Ilham Shah (6) dan Idris Ali Shah (3).

Baca Artikel Berkaitan: Pesakit PCOS Saran Ikhtihar Buat Ujian Kesuburan Jika Masih Belum Dapat Anak & Sedang Jalani TTC


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd