Now Reading
“Down Payment Kereta Ni” – Skirt ‘T20’ Vivy Yusof Jadi Perhatian, Netizen Dedah Harganya RM16,899!

“Down Payment Kereta Ni” – Skirt ‘T20’ Vivy Yusof Jadi Perhatian, Netizen Dedah Harganya RM16,899!

Skirt berwarna merah jambu penuh labuci yang dipakai oleh pengasas dUCk itu adalah dari jenama Ivan Young.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Usahawan dan pemilik perniagaan, dUCk iaitu Vivy Yusof bukanlah individu yang asing di Malaysia dan menjadi idola sesetengah masyarakat atas kejayaannya.

Baru-baru ini, Vivy Yusof telah menghadiri sebuah majlis pelancaran untuk koleksi tudung terbaharu jenama dUCk yang berkolaborasi dengan animasi Mickey Mouse.

Ketika majlis tersebut, Vivy dilihat memakai baju putih bersama skirt berwarna merah jambu dan dipenuhi dengan rantaian labuci yang bersinar.


Vivy Yusof Pakai Skirt Dari Pereka Fesyen Terkemuka China Bernama Ivan Young

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok milik Vivy (@vivyyusof_), usahawan itu mendedahkan skirt yang dipakainya itu adalah dari jenama Ivan Young yang merupakan pereka fesyen terkenal dari Guangzhou, China.

Vivy juga kelihatan teruja mengenakan skirt tersebut dan mengatakan ia adalah skirt yang paling cantik pernah dilihatnya.

@vivyyusof_

For Mickey Mouse x dUCk event, wearing dUCk and Ivan Young.

♬ It’s A Lovely Day Today – Ella Fitzgerald

Netizen Dedah Harga Skirt Ivan Young Itu Bernilai RM16,899

Skirt yang dipakai oleh Vivy itu bukan sahaja menarik perhatian tetamu yang hadir pada majlis pelancaran tersebut, malah netizen di media sosial juga ‘teruja’ dengan pakaian usahawan berkenaan.

Ada juga netizen yang membuat carian di Internet dan mendedahkan bahawa skirt tersebut berharga RM16,899!

Memang harga T20 betul ya!

Selepas ramai yang mengetahui tentang harga sebenar skirt Ivan Young dipakai oleh Vivy, pelbagai reaksi diberikan oleh netizen.

Siap ada yang kata harga itu boleh digunakan untuk membayar wang pendahuluan kereta dan hampir separuh dari kos mereka mengubah suai dapur.

Pada masa yang sama, sesetengah netizen juga tertarik melihat kecantikan skirt tersebut dan bersetuju bahawa harganya terlalu mahal bagi masyarakat marhaen.

Sumber: X (Twitter)

Profil Vivy Yusof

Pengasas bersama jenama dUCK dan FashionValet iaitu Vivy Yusof atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof yang kini berusia 35 tahun telah dilahirkan pada 11 Disember 1987 di Kajang, Selangor dan merupakan anak bongsu kepada Encik Yusof dan Puan Aishah Jelani.

Pada tahun 2012, Vivy telah berkahwin dengan jejaka bernama Fadzarudin Shah Anuar atau lebih dikenali sebagai Fadza dan dikurniakan empat orang anak.

Bermula dari penulis blog bernama ‘Proudduck’, kini beliau menjadi salah satu ikon ramai selepas memiliki perniagaan bernilai jutaan ringgit iaitu FashionValet dan dUCk.

Mala, jenama dUCk yang dahulunya hanya berkonsepkan digital kini telah memiliki banyak butik dibuka di beberapa pusat membeli-belah di Malaysia serta telah berkembang sehingga ke Singapura, Brunei dan Indonesia.

Artikel Berkaitan: Vivy Yusof ‘Buka Mulut’ Isu Penutupan Operasi FashionValet

Artikel Berkaitan: The 5 Malaysians Who Made Into The ‘Business Of Fashion 500’ List


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd