Now Reading
Vivy Yusof ‘Buka Mulut’ Isu Penutupan Operasi FashionValet

Vivy Yusof ‘Buka Mulut’ Isu Penutupan Operasi FashionValet

Vivy Yusof menjelaskan dana oleh pelabur yang diberikan kepada FashionValet sebelum ini adalah dari pemilik jenama dUCk dan LILIT itu sendiri.

Vivy Yusof 'Buka Mulut' Isu Penutupan Operasi FashionValet

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Media sosial kini sedang ‘panas’ dengan topik penghentian sebuah operasi laman e-dagang fesyen terkemuka, FashionValet (FV) yang diasaskan oleh usahawan terkenal iaitu Datin Vivy Yusof.

FV menjelaskan keputusan itu dilakukan sebagai langkah untuk mewujudkan pengalaman membeli-belah secara atas talian yang lebih bersifat peribadi serta menawarkan ganajran menarik kepada para pelanggan. 

Perkara tersebut yang dimaklumkan oleh pihak mereka menerusi satu notis dikeluarkan di laman web telah mengejutkan orang ramai sehingga menimbulkan kekecohan.

Orang ramai persoalkan tentang dana kewangan yang diterima dari Khazanah

Berikutan penutupan operasi FV, seorang pengasas bersama SCRUT iaitu Aliff Ahmad berkongsi pandangannya di laman Facebook beliau (Aliff Ahmad) tentang isu yang menjadi perbualan hangat di media sosial.

Umum sedia maklum bahawa perniagaan yang diusahakan sejak 12 tahun lalu oleh Datin Vivy Yusof bersama suaminya Datuk Fadzarudin Shah Anuar turut mendapat dana kewangan dari Khazanah Nasional Berhad yang dimiliki penuh oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF).

Di media sosial, ada yang mula mempersoalkan tentang dana kewangan yang diterima oleh mereka.

Vivy Yusof tampil beri penjelasan tentang isu penutupan FashionValet

Peka dengan apa yang berlaku di media sosial, Vivy akhirnya tampil memberi penjelasan tentang isu hangat tersebut.

Menurutnya, keputusan untuk mengubah strategi perniagaan mereka dengan memberi tumpuan penuh kepada jenama utama iaitu dUCk dan LILIT adalah keputusan yang sudah diputuskan sejak tahun 2019 kerana trend perniagaan hari ini lebih kepada penjualan produk tanpa bergantung kepada mana-mana platform.

Malah pemain industri besar seperti Nike juga merasakan mereka perlu mengurangkan tahap kebergantungan kepada pihak ketiga untuk menjual produk.

Tiada pekerja yang dihentikan kerana penutupan FashionValet

Pihak FV turut meluahkan rasa bersyukur kerana setakat ini tiada lagi pekerja mereka yang dihentikan berikutan penutupan operasi perniagaan berkenaan.

Buat masa kini, strategi mereka adalah untuk mengembangkan jenama dUCk dan LILIT di bawah perniagaan FashionValet Group.

Kami perlu menyesuaikan diri dengan pantas untuk menumpukan fokus kepada jenama dUCk dan LILIT. Tanpa disangka, ianya telah membantu kami bertahan selama dua tahun ini. Bukan setakat itu sahaja, Alhamdulilllah tiada lagi mana-mana pekerja yang dihentikan sejak tiga tahun lalu.

Pengasas FashionValet Group, Datin Vivy Yusof.

FashionValet umum masih beroperasi seperti biasa

Dalam satu kenyataan sama, Vivy juga menjelaskan bahawa dana yang diberikan oleh pelabur sebelum ini ke dalam FashionValet adalah pemilik jenama dUCk dan LILIT itu sendiri.

Menerusi satu hantaran dimuat naik di laman Instagram Fashion Valet (fashionvaletcom), FV memaklumkan bahawa jenama mereka masih lagi wujud dan beroperasi seperti biasa.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd