Now Reading
Lebih 30,000 Peminat Outdoor Penuhi Fiesta Off The Grid 2024

Lebih 30,000 Peminat Outdoor Penuhi Fiesta Off The Grid 2024

Off The Grid 2024 bukan sahaja untuk peminat outdoor, bahkan sesuai untuk ‘coffee lover’ dan kaki BBQ.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Off The Grid (OTG) 2024 yang dianjurkan oleh Art of Speed Malaysia pada hujung minggu lalu di MAEPS, Serdang telahpun melabuhkan tirainya.

Acara OTG 2024 yang diadakan selama tiga hari bermula 23 sehingga 25 Februari itu telah berlangsung dengan jayanya dengan dihadiri 30,000 peminat outdoor termasuk kaki camping, motorhome, RV (recreational vehicle), push bike serta banyak lagi.

Pelbagai pameran dan jualan khemah serta barangan camping

Dalam acara ini, pelbagai pameran yang berkaitan dengan aktiviti outdoor telah dipamerkan buat para pengunjung seperti paparan motosikal (4×4, 6×6 dan off-road), pameran suspension off-road, pameran khemah biasa dan roof top, pameran lampu lantera dan dapur besi vintaj serta banyak lagi.

Selain pameran, para pengunjung juga dapat membeli barangan-barangan camping ini pada harga diskaun.

Kami yang berkesempatan untuk hadir dalam acara OTG 2024 ini dapat melihat sendiri di depan mata pelbagai jenis khemah dan barangan camping yang dipamerkan. Daripada khemah sampailah ke meja dan peralatan memasak.

Yang menariknya, di sini juga dipamerkan khemah yang dibuat khusus untuk haiwan peliharaan, menarik kan?

Pameran untuk pencinta kereta mainan kawalan jauh atau RC Crawler pun ada, memang nampak real habis kereta-kereta 4×4 mainan di sana, siap ada trak seakan kawasan off-road sebenar.

Aktiviti untuk kanak-kanak juga disediakan

Tidak hanya itu, terdapat juga aktiviti untuk kanak-kanak seperti pameran zoo haiwan peliharaan dan tumbuhan eksotik.

Zoo mini ini memberi ruang untuk kanak-kanak mendekati dan mempelajari tentang haiwan-haiwan eksotik yang ada seperti ular, iguana, landak dan banyak lagi.

Selain itu, turut disediakan OTG Wet Park dan istana belon bagi kanak-kanak yang ingin bermain air di kawasan outdoor.

Dari orang dewasa sehinggalah ke golongan kanak-kanak, semuanya boleh enjoy puas-puas di OTG 2024 ini.

Pengunjung dapat membeli-belah di Makers Jamboree dan Pasor Dinda Ladies Market

Selain daripada ‘mencuci mata’ dengan pelbagai pameran, para pengunjung juga dapat membeli-belah di Makers Jamboree dan Pasor Dinda Ladies Market.

Memang rambang mata dibuatnya, ada pelbagai jenis barangan yang dijual seperti bag, baju, seluar, kain, dan kraf tangan. Tumbuh-tumbuhan seperti pokok kaktus pun turut ada.

‘Coffee’ dan BBQ pelengkap aktiviti camping yang wajib dilakukan

Tidak dinafikan, ‘coffee’ dan BBQ umpama perkara wajib dilakukan setiap kali camping, ibarat tidak lengkap aktiviti perkhelahan jika tidak melakukannya bersama keluarga atau rakan-rakan.

Maka dalam acara OTG 2024 ini, Art of Speed Malaysia turut menyediakan ruangan Brew Fiesta bagi ‘coffee lover’ dan BBQ Showdown oleh MeatXpert Premium Butcher.

Para pengunjung dapat membeli dan merasai sendiri pelbagai jenis minuman kopi yang dijual oleh vendor tempatan serta kesedapan daging premium yang dibakar oleh pakar.

Pertandingan Strider Cup, Gerai Terbaik dan Paparan Terbaik

Lebih menarik lagi, terdapat juga beberapa pertandingan yang diadakan sepanjang acara itu berlangsung seperti pertandingan pushbike ‘Strider Cup’ daripada Striders Kids Malaysia selain pertandingan gerai dan paparan terbaik.

Bagi pertandingan gerai dan paparan terbaik, pemenang bagi setiap kategori akan memenangi percutian untuk satu orang ke FIELDSTYLE Jamboree 2024 di Nagoya, Jepun pada 18 dan 19 Mei 2024.

Kategori gerai terbaik dimenangi oleh Montanic Adventure Store, manakala bagi paparan terbaik pula dimenangi oleh Eiger Adventure

Aktiviti untuk pengunjung berhibur turut disediakan

Selain itu, pelbagai aktiviti buat para pengunjung yang hadir turut disediakan seperti Roller Disko, Skimpool dan Surf Skate.

Meet-up perhimpunan van camper

Meet-up perhimpunan van camper pun ada, selain dapat berkenalan antara satu sama lain, para pengunjung juga dapat beramah mesra bersama pemilik RV (recreational vehicle) yang bermalam di OTG 2024 ini untuk bertanya atau bertukar pendapat.

Bukan itu sahaja, kaki camping yang terdiri dari Ahli Family Camping Malaysia dan Persatuan Warisan Lentera Klasik (PAWAKA) turut memacak khemah di kawasan yang disediakan secara percuma.

Tidak ketinggalan persembahan untuk para pengujung seperti tarian tradisional dan akustik oleh penyanyi dan kumpulan terkenal seperti Noh Salleh, Andy Flop Poppy dan banyak lagi.

Secara keseluruhan, kami boleh katakan bahawa acara Off The Grid 2024 ini sememangnya sesuai buat semua jenis camper, bahkan tidak ketinggalan untuk kanak-kanak.

Kejayaan acara ini tidak mungkin dapat dicapai tanpa sokongan vendor-vendor, seperti Montanic Adventure Store, Anbot Store, CampGuru dan Eiger Adventure serta banyak lagi nama-nama terkenal yang sinonim dengan hobi dan aktiviti gaya hidup luar.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd