[Video] ‘Celebrate’ Gol Dengan Gaya Makan Nasi Pun Kena Kad Merah? Ini Penjelasan Pengadil
Difahamkan, penyerang skuad Iraq itu diberikan kad kuning kedua yang secara automatiknya menjadi kad merah kerana meraikan gol secara berlebih-lebihan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Adalah sesuatu yang normal untuk seseorang atlet itu meraikan kemenangan atau gol yang dijaringkan semasa dalam perlawanan.
Bagaimanapun, baru-baru ini kecoh di media sosial apabila penyerang skuad Iraq, Aymen Hussein dilayangkan kad merah selepas meraikan jaringan gol.
Insiden berlaku ketika pasukan Iraq menentang Jordan dalam perlawanan pusingan 16 terakhir Piala Asia 2023 yang berlangsung di Stadium Antarabangsa Khalifa, Al-Rayyan, Qatar pada 29 Januari lalu.
Pengadil jelaskan sebab Aymen Hussein terima kad merah
Susulan itu, seorang influencer dan pengadil Malaysia yang dikenali Naseeb Ali telah tampil memberi penjelasan terperinci mengenai isu tersebut.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun Tiktok miliknya @refereekampung, Naseeb menjelaskan bahawa kad merah yang dikenakan kepada Aymen bukanlah kerana meraikan gol, namun kerana kad kuning kedua yang telah diterima oleh pemain terbabit.
Menurutnya, kesalahan meraikan gol dengan gaya seakan sedang duduk bersila sambil memakan nasi bukanlah penyebab kepada kad merah yang dikenakan.
Aymen dilayangkan kad kerana kesalahan meraikan gol secara berlebih-lebihan
Jelas Naseeb, Aymen dikenakan kad kuning kedua oleh pengadil perlawanan pada ketika itu kerana meraikan gol secara berlebih-lebihan.
“Setelah jaringan gol dilakukan, pemain ini (Aymen) telah berlari keluar dari padang melalui sebelah kanan padang.
“Setelah itu ‘celebration’ dilakukan bersama para penyokong dan pemain yang lain. Ketika ini pengadil telah memanggil dan memberi amaran kepada pemain agar kembali ke padang untuk memulakan semula pemainan.
“Masa ini sepatutnya pemain cepat-cepatlah masuk semula ke padang kerana pengadil telah panggil,” katanya
Menurutnya lagi, bagaimanapun Aymen masuk semula ke padang dan menyambung meraikan jaringan tadi dengan gaya duduk bersila seolah-olah sedang memakan nasi. Susulan itu dia dilayangkan kad kuning kedua yang secara automatik menjadi kad merah.
Padah ingin tiru gaya pemain Jordan raikan gol, duduk bersila makan nasi
Difahamkan, Aymen bertindak demikian kerana ingin meniru semula gaya meraikan gol yang dilakukan oleh pemain Jordan sebelum ini.
Di sini memang jelas dia telah melakukan satu kesalahan dengan meraikan jaringan gol dengan berlebihan. Memang dinyatakan dalam undang-undang pemain boleh meraikan jaringan gol, tapi apabila ia dilakukan secara berlebihan sehingga membuang masa, secara provokasi ataupun secara berbahaya maka pemain boleh dikenakan kad kuning.
Pengadil, Naseeb Ali
Susulan itu, Naseeb berkata layangan kad kuning kedua dan kad merah itu yang diberikan oleh pengadil terbabit adalah wajar.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.