Now Reading
“Jangan Ambil Menu Lagi Mahal Dari..” – Wanita Kongsi Adab Jika Orang Belanja Kita Makan [Video]

“Jangan Ambil Menu Lagi Mahal Dari..” – Wanita Kongsi Adab Jika Orang Belanja Kita Makan [Video]

Influencer dan usahawan, Wawa menasihati orang ramai untuk sentiasa mengucapkan terima kasih kepada orang yang membelanja meskipun individu terbabit sudah sering melakukan perkara tersebut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Rakyat Malaysia sememangnya dikenali dengan sifat pemurah dan suka tolong menolong tanpa mengira pangkat dan status.

Antara perkara yang sering dilakukan rakyat di negara ini adalah dengan membelanja ahli keluarga atau kenalan makan dengan niat yang tertentu.

Pun begitu, mengambil kesempatan terhadap orang yang ingin membelanja kita makanan bukanlah sesuatu perkara yang baik dan harus diamalkan.

Susulan itu, seorang influencer dan usahawan wanita yang dikenali sebagai Wawa Idris berkongsi adab sekiranya dibelanja makan.

Lihat dahulu menu yang dipilih orang belanja, jangan ambil yang lagi mahal

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya (@wawa.idris), Wawa berkata perkara pertama yang harus dilakukan adalah untuk melihat dahulu menu yang dipilih oleh individu yang ingin membelanja.

Menurut Wawa yang juga perunding imej, ini kerana seseorang yang dibelanja haruslah menunjukan adab dengan memilih makanan yang harganya lebih rendah daripada individu tersebut.

“Kita jangan ‘order’ menu yang lagi mahal daripada orang (belanja) itu. Contoh, orang itu order set nasi goreng cili padi, tapi korang pula pergi order steak,” katanya.

Sarankan orang yang membelanja untuk pilih apa-apa sahaja menu

Selain itu, dia juga menasihati orang yang dibelanja untuk mengamalkan konsep tidak kisah dengan apa-apa sahaja makanan dan menyarankan agar individu membelanja memilih sendiri menu yang diinginkan.

“Atau masa buka buku menu itu kita cakap dengan dia ‘takpa awak orderlah apa-apa pun saya makan sahaja’,” katanya lagi.

Sentiasa ucap terima kasih walaupun orang tersebut sering belanja

Jelas Wawa lagi, dia menasihati orang ramai untuk sentiasa mengucapkan terima kasih kepada orang yang membelanja meskipun individu terbabit sudah sering melakukan perkara tersebut.

“Macam saya sendiri walaupun suami saya belanja, saya tetap kata ‘terima kasih’ dan tak salah untuk kita belanja orang yang lebih berduit.

“Saya dulu kadang-kadang belanja bos saya, tak usah fikir ‘ala kau kaya kot kenapa aku nak belanja’. Jadi ingat jangan ‘sembelih’ orang yang belanja kita,” ujarnya.

Netizen beri pelbagai reaksi terhadap perkongsian terbabit

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi terhadap perkongsian usahawan terbabit.

Kebanyakan individu bersetuju dengan perkongsian tersebut, namun ada segelintir netizen yang memberi pandangan sebaliknya. Tidak kurang juga yang memberi komen menghiburkan.

Meskipun perkongsian Wawa itu merupakan sesuatu yang mudah dan hanya memerlukan ‘common sense’, namun ia tetap berguna agar setiap individu sentiasa mengingati untuk menjaga adab ketika dibelanja serta tidak mengambil kesempatan.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd