Now Reading
Netizen Geram Peniaga Ambil Kesempatan, Jual Cromboloni RM15 Tapi Hasil Macam Roti Bom

Netizen Geram Peniaga Ambil Kesempatan, Jual Cromboloni RM15 Tapi Hasil Macam Roti Bom

Apa yang menjadi perhatian adalah bentuknya yang pelik dan harga dijual tidak jauh beza dengan harga cromboloni sebenar.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada ketika ini, apa sahaja makanan atau minuman ‘viral’ pasti mendapat permintaan tinggi daripada pengguna untuk mencubanya.

Terbaharu, tular di media sosial menu viral iaitu cromboloni yang merupakan gabungan di antara croissant dan bomboloni.

Kebanyakan pengguna tahu cromboloni dijual dengan anggaran harga RM13 hingga RM15 seketul kerana proses penyediaannya tidak mudah dan menggunakan bahan pastri yang mahal.

Dek kerana viral, ada setengah peniaga yang mengambil kesempatan ini untuk menghasilkan menu yang sama sebagai pilihan kepada pelanggan.

Namun, ada di antara mereka yang menjual cromboloni tidak seperti apa yang digambarkan. Malah, turut didakwa menggunakan bahan yang murah.

Jual Cromboloni Viral Harga Mahal Tapi Bentuk Macam Roti Bom

Menerusi satu hantaran di Twitter (X), seorang pengguna berkongsikan gambar cromboloni yang didakwa dijual oleh seorang peniaga tempatan.

Apa yang menjadi perhatian adalah bentuk cromboloni berkenaan tidak sama seperti cromboloni yang biasa dijual.

Apa yang lebih menyakitkan hati adalah apabila harga yang dijual tidak jauh bezanya dengan harga cromboloni sebenar.

“Ini dah macam roti bom cacat cicah jem strawberi dah ni dik. Engkau kalau tak reti nak buat cromboloni boleh tak jujur amanah fatanah je.

“Kau jual jela Tupperware ke Zhulian ke, ini kau pedajal sampai RM15 seketul kau sihat ke tak? Ke ada kad lain selain kad pengenalan?” ciap pengguna tersebut.

Ciapan Raih Perhatian Netizen

Ciapan tersebut nyata mendapat perhatian daripada netizen. Rata-rata mengecam sikap peniaga itu yang dilihat mementingkan diri dengan menjualnya mengikut harga sebenar walaupun rupa cromboloni itu kelihatan seperti roti biasa.

Malah, ada juga yang berpendapat, peniaga yang tidak mempunyai kemahiran dalam membuat pastri ini sebaiknya tidak mengambil kesempatan dan mendalami ilmu terlebih dahulu sebelum menjualnya kepada pelanggan.

Sebelum ini, pernah tular juga satu hantaran di Facebook mengenai luahan perasaan seorang pelanggan yang kecewa dengan seorang peniaga menjual cromboloni tidak sama seperti gambar yang dimuat naik oleh peniaga tersebut.

Menerusi tangkap layar di antara pengguna Facebook dan peniaga berkenaan, peniaga itu menjelaskan bahawa gambar yang dimuat naik hanyalah sebagai rujukan buat pelanggannya.

Jelas peniaga itu lagi, dirinya hanyalah ‘homebaker’ dan mengharapkan agar pelanggan berkenaan tidak meletakkan jangkaan yang tinggi terhadap cromboloni yang dihasilkan.

Berikut antara komen netizen:

Ini Bukan Jem Strawberi Dah, Ini Dah Rupa Water Colour Buncho

Sebagai Orang Yang Belajar Pastri, Saya Nangis Tengok Gambar Cromboloni Jadian Ni

Orang Jual Cromboloni, Dia Sibuk Nak Jual, Dengan Ilmu Takda

Sakitnya Mata Tengok, Aku Yang Pastri Chef Ni Pun Tahu Ini Ala Kadar Je Nak Buat


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd