Now Reading
Kucing Beruniform K9, Betul Ke Malaysia Ada Unit Polis Kucing?

Kucing Beruniform K9, Betul Ke Malaysia Ada Unit Polis Kucing?

Seekor kucing yang memakai uniform Unit Pengesan (K9) berkeliaran di kawasan sekitar Apartment Idaman di mana Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada 5 Disember, seorang kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin telah dilaporkan hilang di kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai. Keesokan harinya, kanak-kanak tersebut telah ditemui di satu anak sungai dan disahkan meninggal dunia.

Baca Artikel Berkaitan: Kanak-kanak Autisme Hilang: Zayn Rayyan Ditemui Maut Di Kawasan Anak Sungai

Baca Artikel Berkaitan: Budak Lelaki Autisme Dilaporkan Hilang, Polis Guna Anjing K9 Dalam Misi Pencarian

Sehubungan dengan kes tersebut, pihak polis masih menjalankan siasatan di kawasan apartment berkenaan bagi mengenal pasti suspek terlibat. Baru-baru ini, tular satu video yang menunjukkan seekor kucing memakai vest Unit Pengesan K9 berlegar-legar di kawasan tersebut. 

Perkara ini menyebabkan ramai pihak tertanya-tanya jika Malaysia mempunyai unit polis kucing. Netizen turut mempersoalkan jika kucing tersebut boleh menjalankan tugas sebab biasanya kucing taknak dengar arahan! 

Berdasarkan video tersebut, kelihatan kucing tersebut seakan-akan terlibat dalam siasatan dan seolah-olah menghidu di sekitar kawasan bagi mengesan sesuatu.


Kucing ‘K9’ Milik Penduduk Apartment

Menurut pengguna laman X (@yaya_meiyou) yang bertugas di sana, kucing tersebut bukanlah sebahagian daripada Unit K9, tetapi merupakan kucing peliharaan seorang wanita yang menetap di Apartment Idaman.

Kucing yang sama turut kelihatan menggayakan pakaian lain di sekitar kawasan terbabit.

Menurut seorang pengguna TikTok, uniform yang dipakai oleh si bulus tersebut boleh dibeli di platform e-dagang Shopee.


Unit Pengesan di Malaysia Hanya Guna Anjing

Seperti yang dilihat dalam video tersebut, terpampang tulisan ‘Police K-9 Unit’ pada uniform yang dipakai oleh si bulus. Untuk pengetahuan, K9 sebenarnya merujuk kepada perkataan ‘canine’ yang bermaksud anjing. 

Pasti semua tahu tentang kewujudan Unit Pengesan atau K9 ini di dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Setiap tahun, orang ramai tak sabar nak tengok anjing-anjing comel dan berbakat ini berarak di sambutan Hari Kebangsaan!

Sumber gambar: PDRM.

Berdasarkan laman web PDRM, Unit K9 ditubuhkan selaras dengan keperluan menggunakan keistimewaan deria tajam anjing bagi membantu siasatan polis dan dalam tugas am yang lain.

Antara tugas dan tanggungjawab Unit K9 PDRM adalah:

  • Mengesan dan menangkap penjenayah 
  • Mengawal perhimpunan aman 
  • Membuat serang hendap atau serbuan operasi khas 
  • Tugas ronda pencegahan jenayah 
  • Mencari dan menyelamatkan orang hilang 
  • Membuat tugas kawalan dan eskot
  • Mengesan najis dadah 
  • Mengesan bahan letupan dan pembersihan (‘Flushing’) 
  • Mengesan mayat, anggota badan dan darah manusia 

Malah, pasukan Bomba turut memiliki Unit K9, yang bertugas dalam operasi SAR (search and rescue) bagi membantu mengesan mangsa-mangsa yang hilang atau terperangkap.


Ada Kucing Yang Bertugas Di Balai Polis

Walaupun ternyata bahawa kucing di dalam video tersebut bukan merupakan sebahagian daripada Unit K9, tapi sebenarnya memang ada kucing yang ditugaskan bersama pasukan polis.

Polis kucing, juga dikenali sebagai kucing stesen, merupakan kebiasaan di United Kingdom pada satu masa dahulu. Ia bertanggungjawab dalam mengawal populasi tikus, sekaligus mengelak pembiakan haiwan perosak tersebut dan sebarang penyakit berkaitannya.

Kini, kebanyakan kucing ‘dilantik’ sebagai polis untuk menjadi maskot stesen seperti Snickers di Whangaparaoa, New Zealand dan Molang di Busan, Korea Selatan.

Sumber gambar: snickersthepolicecat/ Instagram

Di samping itu, seekor kucing bernama Tizer di King’s Cross Station, United Kingdom, bertugas dalam menangkap tikus di sana. Pada masa yang sama, ia didapati meningkatkan moral pasukan polis dan membantu pegawai polis untuk melawan stress bekerja.

Di Rusia, Rusik bertanggungjawab dalam mengesan telur ikan atau caviar dari ikan jenis sturgeon yang dijual secara haram. Kejayaannya yang menjumpai telur ikan di mana-mana tempat persembunyian mengatasi kebolehan anjing pengesan yang bertugas sebelum ini.

Namun begitu, Rusik telah terbunuh apabila dilanggar sebuah kereta. Ia dipercayai dilakukan akibat dendam kerana kereta tersebut telah ditahan oleh Rusik beberapa hari sebelum kejadian tersebut.


Unit Feline Sebagai Jenaka April’s Fool

Carian kami setakat ini tidak menemui sebarang negara dengan unit kucing khas atau unit feline (F9) yang benar-benar membantu dalam siasatan polis.

Salah seekor kucing yang sering disebut sebagai kucing pengesan adalah Milo yang merupakan sebahagian daripada Pasukan Kucing Pengesan Letupan (FEDT) di United States Coast Guard (USCG). Sebenarnya ia hanyalah satu jenaka April’s Fool!

Begitu juga dengan Hamilton Police Station yang mengumumkan penubuhan unit feline pada 1 April 2019. Hakikatnya, video tersebut dihasilkan untuk menggalakkan orang ramai mengambil kucing-kucing yang diselamatkan oleh Hamilton Burlington SPCA (HBSPCA).

Negara jiran Singapura turut tidak ketinggalan dalam jenaka itu apabila mengumumkan penubuhan Unit Feline (F9) sebagai sebahagian daripada pasukan Polis Tambahan Singapura.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd