Now Reading
Budak Lelaki Autisme Dilaporkan Hilang, Polis Guna Anjing K9 Dalam Misi Pencarian

Budak Lelaki Autisme Dilaporkan Hilang, Polis Guna Anjing K9 Dalam Misi Pencarian

Zayn Rayyan dilihat buat kali terakhir di sekitar Blok R Apartment Idaman Jalan PJU 10/1, Damansara Damai, Petaling Jaya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Semalam (5 Disember), seorang kanak-kanak lelaki autisme dikenali sebagai Zayn Rayyan Abdul Matiin dilaporkan hilang sejak jam 12 tengahari.

Susulan itu, ibunya iaitu Ismanira Abdul Manaf menerusi satu hantaran di laman Facebook merayu agar orang ramai bersama-sama mencari dan membantu menjejak anak lelaki berusia enam tahun tersebut.

Untuk info, Zayn Rayyan dilihat buat kali terakhir di sekitar Blok R Apartment Idaman Jalan PJU 10/1, Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor.


Zayn Rayyan Hilang Selepas Bermain Di Taman Permainan

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Fakhrudin Abdul Hamid, laporan tentang kehilangan kanak-kanak itu telah dibuat semalam jam 6.36 petang selepas Zayn Rayyan tidak dijumpai.

Mengulas lanjut, Zayn dikatakan telah menghilangkan diri ketika dia bersama ibunya berada berhampiran kawasan rumah selepas pulang dari sekolah.

Ismanira berkata, dia telah membiarkan anaknya bermain di buaian taman permainan selepas meragam secara tiba-tiba.

“Saya turuti permintaannya dan menunggu dia bermain buaian selama beberapa minit sebelum memujuk naik ke rumah.

“Ketika menaiki tangga, saya memegang barangan basah yang dibeli dan beg sekolah sementara Zayn mengekori saya dari belakang,” ujar si ibu.

Namun selepas seketika, ibunya menyedari bahawa Zayn sudah menghilangkan diri selepas tidak menyahut ketika dipanggil.

Sumber: Facebook

Zayn Rayyan Pakai Baju Seragam Sekolah Sebelum Hilang

Jelas si ibu, kanak-kanak berketinggian 120cm itu memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap sebelum tidak dapat dikesan iaitu baju berkolar warna putih, berseluar hitam dan berkasut sekolah selain mempunyai lencana Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 2 (SKDD2).

“Jika ternampak sila call saya (011-3311 9578). Anak saya OKU, autisme dan tak boleh bercakap. Jika nampak sila pegang dia dulu dan terus hubungi saya, terima kasih,” ujar si ibu.

“Kami menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mangsa supaya menghubungi balai polis berhampiran atau bilik gerakan polis daerah Petaling Jaya di talian 03-7962222,” kata Fahkruddin dalam satu kenyataan.

Sumber: Facebook
Sumber: Polis Daerah Petaling Jaya

Ibu Mahu Gunakan Kaedah Perubatan Islam Untuk Cari Zayn Rayyan

Terkini, ibu kepada kanak-kanak autistik itu mahu menggunakan kaedah perubatan Islam bagi mengesan lokasi keberadaan anaknya.

“Sudah 24 jam anak saya dilaporkan hilang, kalau masih tidak jumpa saya akan cuba ikhtiar secara (perubatan) Islam melalui solat hajat dan sebagainya untuk mencari Zayn Rayyan.

“Dia tidak pernah terlepas daripada saya dan suami sebelum ini. Saya bimbang akan keselamatan Zayn kerana dia tidak pernah berseorangan,” jelas Ismanira.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam masa sama telah menggunakan perkhidmatan Unit Anjing Pengesan (K9) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam misi pencarian namun masih belum dijumpai sehingga kini.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd