Now Reading
Usahawan Wanita Kemboja Gelar Melayu Malas Dikecam Ramai, Siap Ada Yang Nak Boikot [Video]

Usahawan Wanita Kemboja Gelar Melayu Malas Dikecam Ramai, Siap Ada Yang Nak Boikot [Video]

Dalam pada itu, Komuniti masyarakat Melayu Champa di Johor Bahru menggesa agar tindakan tegas diambil terhadap wanita itu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila seorang usahawan wanita telah mengeluarkan kenyataan berbaur hinaan terhadap bangsa Melayu.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun X (Twitter) @KulupFans, seorang wanita yang juga usahawan pakaian mendakwa bahawa dia berasal daripada Kemboja dan telah dibesarkan di negara ini.

Wanita asal Kemboja tuduh orang Melayu malas

Namun, apa yang menaikkan kemarahan orang ramai apabila dia dengan lagak sombong telah mengatakan bangsa Melayu sebagai ‘orang pemalas’.

“Yelah memang saya orang kemboja, apa kena mengena kalau kita orang Kemboja dengan orang Malaysia? Apa beza? Saya memang orang Kemboja.

“Saya dilahirkan di Kemboja tapi saya dibesarkan di Malaysia, jadi ada apa-apa? Kalau orang Kemboja memang pandai berniaga kan, betul tak? Dan orang Kemboja memang rajin jika dibandingkan dengan orang Melayu malas,” katanya.

Rata-rata netizen kecam kenyataan wanita terbabit

Susulan kenyataannya itu, rata-rata rakyat Malaysia telah memberi kecaman yang hebat selain menyifatkannya sebagai sombong dan lupa diri.

Tidak hanya itu, kebanyakan netizen juga bersepakat untuk memboikot perniagaan wanita berkenaan yang difahamkan berpangkalan di Skudai, Johor.

Wanita Kemboja tampil mohon maaf, akui kekhilafan diri

Cakna mengenai perkara tersebut, usahawan terbabit yang dikenali sebagai Mariyah Yaakob telah memuat naik satu video permohonan maaf secara terbuka menerusi akaun TikTok @mariyahholdings.

Menurutnya, dia dengan rendah hati meminta maaf atas keikhlafan dan keterlanjurannya dalam memberi kenyataan tersebut.

“Dengan rendah hati, saya minta maaf atas kekhilafan saya bercakap dan kalau awak rasa itu adalah penghinaan, saya minta maaf sekali lagi banyak-banyak,” ujarnya.

https://www.tiktok.com/@mariyahholdings/video/7302391800533175560

Komuniti masyarakat Melayu Champa gesa tindakan tegas diambil

Dalam pada itu, Komuniti masyarakat Melayu Champa di Johor Bahru menggesa agar tindakan tegas diambil terhadap wanita itu.

Menurut Kosmo, wakil Persatuan Melayu Champa Ulu Tiram, Mohamad Nasir Razali berkata, apa yang diperkatakan wanita itu tidak mewakili pandangan masyarakat Melayu Champa di Johor.

“Kami harap tindakan tegas dapat diambil. Hal ini kerana kenyataan seperti itu boleh menyebabkan berlaku ketegangan dalam masyarakat sehingga mengancam keselamatan komuniti kami,” kata Mohamad Nasir.

Difahamkan, satu laporan polis juga dibuat terhadap usahawan wanita berkenaan di Balai Polis Ulu Tiram pada semalam (19 November).

Sebagai rekod, terdapat ribuan rakyat Combodia yang merupakan bangsa Melayu Champa. Mereka dahulunya berasal dari Empayar Champa yang menguasai Vietnam di antara abad ketujuh hingga ke tahun 1822 mereka kemudiannya berpindah ke Kemboja untuk mendapatkan perlindungan.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd