Berita Hamas Penggal Kepala Bayi Gagal Disahkan, Wartawan CNN Mohon Maaf & Akui Akan Lebih Berhati-hati
Menurut Sara Sidner, maklumat yang dikatakannya itu diambil dari Perdana Menteri Israel yang turut disahkan kesahihannya oleh Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, namun ia telah ditarik semula.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Wartawan CNN, Sara Sidner tampil memohon maaf secara terbuka selepas dia mempertahankan dakwaan Israel yang kononnya pejuang Hamas telah memenggal kepala bayi ketika siaran langsung baru-baru ini.
Menerusi satu ciapan di akaun X (Twitter) miliknya, Sidner turut mengakui bahawa laporan tersebut tidak dapat disahkan kesahihannya oleh kerajaan Israel.
“Semalam (11 Oktober), pejabat Perdana Menteri Israel mendakwa telah mengesahkan bahawa Hamas memenggal kepala bayi dan kanak-kanak ketika kami bersiaran langsung. Kerajaan Isreal kini berkata hari ini (12 Oktober) ia tidak dapat mengesahkan bahawa bayi telah dipenggal kepala.
“Saya perlu lebih berhati-hati dengan kata-kata saya dan saya minta maaf,” katanya.
Menurutnya, maklumat yang dikatakannya itu diambil dari Perdana Menteri Israel yang turut disahkan kesahihannya oleh Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, namun ia kemudiannya telah ditarik semula.
Yesterday the Israeli Prime Minister's office said that it had confirmed Hamas beheaded babies & children while we were live on the air. The Israeli government now says today it CANNOT confirm babies were beheaded. I needed to be more careful with my words and I am sorry. https://t.co/Yrc68znS1S
— Sara Sidner (@sarasidnerCNN) October 12, 2023
Difahamkan, isu ini mula timbul selepas seorang wartawan di Israel membuat dakwaan tersebut ketika sedang bersiaran langsung.
I24 reporting that Hamas beheaded babies. pic.twitter.com/EptIOaiUA8
— Kassy Dillon (@KassyDillon) October 10, 2023
Sara Sidner tetap menerima pelbagai kritikan daripada netizen
Meskipun telah membuat permohonan maaf, Sidner tetap menerima pelbagai kritikan daripada orang ramai susulan laporannya itu.
Malah rata-rata netizen juga turut berpendapat bahawa kebanyakan agensi berita di Eropah hanya menyebarkan propaganda dan bukannya kenyataan yang benar.
hey Sara it’s great you have realized your mistake. Propaganda has already been spread though and thousands have seen your statement- will you be making amends on live television or is this just a footnote? and why is the original video still up if it’s been proven false?
— fatima (@fatimamirite) October 12, 2023
CNN is not "news" – it's pure propaganda. What a disgusting display. You should all resign.
— Empire Of Lies (@berningman16) October 13, 2023
You were misled and didn’t do your due diligence before pushing out emotionally manipulative propaganda.
— Reneé James (@TheReneeJames) October 13, 2023
Many others have done the same, but they haven’t apologized.
Thank you for the apology.
Now please commit to doing better in the future.
Konflik Palestin dan Israel mula tercetus semula selepas Hamas lancarkan serangan
Terdahulu, konflik Palestin dan Israel bermula apabila pejuang Hamas memulakan operasi Al-Aqsa dengan melakukan serangan mengejut termasuk tembakan roket dan infiltrasi ke dalam Israel melalui darat, laut dan udara.
Hamas mengatakan operasi ini adalah balasan atas serangan yang berlaku kepada Masjid Al-Aqsa di Timur Baitulmaqdis oleh rejim Zionis.
Berdekad rakyat Palestin hidup dalam kesengsaraan, bayi dibunuh dengan kejam
Sebagai info, berdekad lamanya rakyat Palestin telah hidup dalam kesengsaraan selepas tanah milik mereka dicuri oleh penjajah Israel dan mereka dilayan dengan penuh kekejaman.
Lebih menyayat hati, ribuan bayi dan kanak-kanak Palestin terkorban dalam serangan rejim Zionis namun tidak mendapat perhatian atau diulas oleh media barat.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.