Now Reading
Pelancong China Kritik Nasi Lemak Atas Pesawat Tak Sedap Undang Perhatian Ramai

Pelancong China Kritik Nasi Lemak Atas Pesawat Tak Sedap Undang Perhatian Ramai

Netizen Malaysia bagaimanapun menyangkal kenyataan pelancong China tersebut serta mempertahankan hidangan nasi lemak sebagai satu menu yang enak.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap negara sudah pasti mempunyai makanan yang melambangkan identiti dan tradisi mereka.

Jika di Malaysia antara makanan yang menjadi identiti dan pilihan ramai rakyat tentunya Nasi Lemak.

Rasa nasi berlemak dan dilengkapkan dengan sambal yang pedas manis menjadikan ia satu hidangan yang enak untuk dinikmati tanpa mengira waktu.

Malah, hidangan ini juga boleh dikatakan sebagai satu hidangan yang lengkap dengan pelbagai nutrisi yang diperlukan oleh badan.

Pelancong China luah kecewa dengan hidangan nasi lemak dibeli atas pesawat

Walau bagaimanapun, seorang pelancong wanita dari Shanghai, China baru-baru ini telah meluahkan kekecewaannya terhadap hidangan makanan yang dibelinya di dalam pesawat ketika dalam perjalanan pulang dari Bali, Indonesia.

Perkara itu diluahkan oleh wanita berkenaan menerusi satu platform yang dikenali sebagai Xiao Hong Shu dengan menyatakan ia ‘makanan dalam pesawat yang tidak masuk akal’, lapor World Of Buzz.

Kata pelancong itu, dia telah membeli satu paket nasi lemak dengan harga RM22 namun apa yang menjadi perhatiannya bukan lah harga tersebut.

Tak sama seperti apa yang dilihat dalam gambar

Ujarnya, gambar kebiasaannya hanya untuk ilustrasi tetapi buat wanita tersebut nasi lemak yang dibeli ketika dalam pesawat itu jauh tersasar dari apa yang dilihat di dalam gambar.

Malah dia juga tidak gembira dengan rasa makanan tersebut.

“Makanan itu langsung tidak mempunyai kaitan dengan gambar ditunjukkan. Rasa makanannya tidak sedap, sambalnya sukar untuk dimakan dan kari pula terlalu banyak perasa,” luah pelancong itu.

This image has an empty alt attribute; its file name is photo_6073601489537972772_y.jpg

Burger yang dibeli dari sebuah restoran makanan segera lebih berbaloi daripada nasi lemak

Pelancong tersebut dalam pada itu turut menyatakan burger yang dibeli berharga RM28 dari sebuah restoran makanan segera lebih berbaloi dari nasi lemak berkenaan.

Perkara itu secara tidak langsung telah menarik perhatian orang ramai khususnya dari Malaysia yang tidak bersetuju dengan apa yang diluahkan oleh pelancong wanita tersebut selain menyatakan ia tidak seteruk seperti yang disifatkan.

Satu yang pasti makanan boleh menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

“Saya cuma boleh katakan mungkin tidak sesuai dengan perut anda, lebih sesuai untuk orang tempatan”

This image has an empty alt attribute; its file name is photo_6073601489537972713_x.jpg

“Bagi saya, ini adalah antara makanan kapal terbang yang terbaik”

This image has an empty alt attribute; its file name is photo_6073601489537972721_x.jpg

“Ia adalah perkara biasa bahawa ia tidak sesuai untuk orang asing, ini kerana makanan adalah sangat subjektif”

This image has an empty alt attribute; its file name is photo_6073601489537972723_x.jpg

“Ini adalah hidangan kegemaran saya dalam pesawat”

This image has an empty alt attribute; its file name is nasi-lemak-6.jpg

“Ini sedap tetapi ia terlalu mahal”

This image has an empty alt attribute; its file name is nasi-lemak-7.jpg

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd