Now Reading
[Video] Pernah Dibantu Ebit Lew 2 Bulan Lalu, Mondy Tatto Buka Tudung

[Video] Pernah Dibantu Ebit Lew 2 Bulan Lalu, Mondy Tatto Buka Tudung

Mondy sebelum ini pernah mendapat bantuan dari Ebit Lew hingga dia membuat keputusan untuk berhijrah dan memakai hijab.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Beberapa bulan la,lu kecoh di media sosial apabila penceramah bebas, Ebit Lew membantu seorang ibu tunggal penuh tatu berasal daripada Indonesia yang bernama ‘Mondy Tatto’ untuk berhijrah.

Video yang dikongsikan oleh Ebit Lew semasa menemui Mondy sehingga membawa kepada perubahan wanita itu menimbulkan kekecohan ramai apabila kebanyakan netizen mendakwa ianya sekadar konten semata-mata.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia TikTok Famous Kot, Video Semua Ratus Ribu View” – Ramai Persoal Ebit Lew Bantu Gadis Punk Bertatu [Video]

Namun, segelintir netizen percaya bahawa perubahan yang dilakukan oleh Mondy semasa di bawah jagaan Ebit Lew itu adalah dengan keikhlasan hatinya.

Mondy Tatto kembali ke perangai asal, buka tudung

Terkini, ibu tunggal anak satu itu kelihatan membuka tudungnya dan dikatakan berubah kepada perangai asalnya.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok miliknya (@mondy_tatto), dilihat memuat naik beberapa video dirinya tanpa memakai tudung dan jubah.

Dalam satu perkongsian video berasingan, Mondy kelihatan hanya memakai topi dan kemeja-t berlenggan pendek sahaja.

Mondy akui ingin jalani kehidupan sesuai dengan takdirnya

Mondy mendakwa dia hanya menjalani kehidupan sesuai dengan takdir yang tertulis untuk dirinya sahaja.

Malah memuat naik kenyataan seolah-olah dia tidak mahu berharap lebih kepada dunia ini kerana dia sering dijatuhkan dan dipatahkan oleh jangkaannya sendiri.

“Saya tak peduli kehidupan anda..” – Mondy

Bukan itu sahaja, sedar dirinya menjadi perbualan ramai, Mondy kemudiannya memuat naik satu lagi video mempersoalkan tindakan orang ramai menilai perubahan yang dilakukannya.

Menurut Mondy, dia tidak mempedulikan kehidupan orang lain namun orang ramai seolah-olah mencampuri urusan hidupnya.

Saya tak peduli kehidupan anda.. tapi anda sibuk dengan kehidupan saya.

Mondy Tatto

Video TikTok Mondy

https://www.tiktok.com/@mondy_tatto/video/7271628773873798405?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7222916125221733890
https://www.tiktok.com/@mondy_tatto/video/7271875880689929477?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7222916125221733890

Netizen kecam dan dakwa sudah duga perubahan Mondy sebelum ini hanya konten

Memindai ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan wanita itu untuk kembali membuka tudungnya.

Tidak hanya itu, mereka juga mendakwa jangkaan selama ini yang mengatakan video penghijrahannya sekadar konten adalah benar.

Segelintir netizen juga dilihat sudah mula tidak kisah mengenai wanita Indonesia itu untuk berhijrah atau kembali ke perangai asalnya.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd