Now Reading
[Video] 2023 Bukan Usia Dunia Kita, Ini Penjelasan Sistem Kalender Yang Ramai Keliru

[Video] 2023 Bukan Usia Dunia Kita, Ini Penjelasan Sistem Kalender Yang Ramai Keliru

Secara ringkasnya, sistem tahun yang digunakan pada ketika ini adalah merujuk kepada tempoh zaman selepas Nabi Isa AS dan bukannya usia dunia ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui, tahun ini merupakan tahun 2023 dan tanpa kita sedar tinggal beberapa bulan sahaja lagi sebelum kita melangkah ke 2024.

Bagaimanapun, masih ada yang menyangka bahawa tahun yang sering disebut dan digunakan sebagai tarikh ni merupakan usia dunia.

Malah ada yang keliru mengapa kita baru sahaja berada di tahun 2023 sedangkan dunia ini telah dicipta Allah SWT sejak berbilion tahun lalu.

Penulis geopolitik dan sejarah ekonomi kongsi fakta mengenai sistem kalendar

Susulan itu, seorang influencer yang juga penulis geopolitik dan sejarah ekonomi berkongsi mengenai fakta kalendar yang ramai tidak ketahui.

Menerusi hantaran video di akaun TikTok miliknya, penulis yang dikenali sebagai Ahmad Faezal itu menjelaskan bahawa tahun 2023 ini bukanlah menandakan usia dunia kita.

Ketahui apa itu Anno Domini (A.D) dan Masihi

Menurutnya, 2023 ini hanyalah sekadar tahun sejak bermulanya sistem Anno Domini yang membawa maksud ‘Tahun Tuhan Kita’ di dalam bahasa Latin bagi orang bukan Islam.

Anno Domini (A.D) merupakan tahun yang digunakan untuk merujuk kepada kelahiran Nabi Isa AS atau Jesus bagi orang beragama Christian.

Manakala bagi umat Islam pula, kita menggunakan sistem kalender Masihi yang juga sama seperti A.D iaitu merujuk kepada tahun kelahiran Baginda.

Menurutnya lagi, sistem kalender yang digunakan ini sama seperti Anno Hegirea iaitu tempoh selepas Nabi Muhammad SAW berhijrah yang disebut sebagai tahun hijrah Baginda (AH) atau Before The Hijrah (BH).

Julian Calendar & Gregorian Calender paling famous digunakan

Jelas Ahmad Faezal, di dunia ini terdapat pelbagai jenis sistem kalender namun yang paling popular dan digunakan adalah Julian Calendar dan Gregorian Calendar.

Dulu dunia guna Julian Calendar, dinamakan sempena Julius Caesar. Tapi ada krisis politik lama kemudian menyebabkan Paus Gregory pada tahun 1582 buat sistem kalendar Gregorian.

Ahmad Faezal

Ujar Ahmad Faezal, sistem kalendar A.D dan Masihi yang digunakan pada saat ini adalah berasaskan kepada sistem kalendar Gregorian ini.

Secara ringkasnya, sistem tahun yang digunakan pada ketika ini adalah merujuk kepada tempoh zaman selepas Nabi Isa AS dan bukannya usia dunia ini.

@ahmadfaezal4

Selalu saya terima soalan ni. Macam mana boleh ada rangka ratusan ribu tahun kalau kita baru tahun 2023? Kena faham kalendar. Kena faham sistem. #sistemkalender #selepasmasihi #selepasmasehi #kisahsejarah #sejarahduniayt #ahmadfaezal #sejarahislamyangdisembunyikan

♬ Last Hope – Steve Ralph

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd