Now Reading
TMJ Arah Syarikat Kontraktor Buang Sampah Tepi Pantai Di Johor Dikenakan Tindakan

TMJ Arah Syarikat Kontraktor Buang Sampah Tepi Pantai Di Johor Dikenakan Tindakan

Pihak Johor Civil Service telah mengambil tindakan terhadap kontraktor berkenaan yang turut berdepan dengan tindakan senarai hitam.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Seorang pengguna TikTok (@laaibanatasha_) telah merakam saat seorang individu didakwa pekerja kontraktor majlis membuang sampah daripada dalam tong sampah ke kawasan tepi pantai.

Dia dikatakan mengambil gambar tong sampah sebelum isinya dibuang ke tepi pantai itu. Setelah diletakkan plastik baharu, pekerja itu sekali lagi menangkap gambar untuk menunjukkan tong sampah telah dikosongkan.

Menurut Natasha, tempat sampah dibuang terletak berhadapan Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

@laaibanatasha_

Part 2 takde kot ek, tgklah kalau ada lepak kat sana lagi, saya videokan. Nahh Original voice 😁😂 suara mmg makcik2 bawang punya suara 😂 alhamdulillah baca2 comment, update terkini katanya dah dibersihkan. Alhamdulillah. Tq fast response dari pihak bertanggungjawab & haraplah perkara sebegini tidak berulang disini atau dilain2 tempat. Tq semua yg bantu viralkan sampai dibersihkan kawasannya. 😁👍🏻 btw, minta maaf sangat saya bukan org johor jadi taktahu tempatnya nama apa. Tq yg bagitahu nama kawasan tu 🤣

♬ original sound – La aiba natasha

Pengguna Twitter @arfdy12 mendakwa individu tersebut merupakan pekerja dari syarikat kontraktor yang dilantik oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru untuk membersihkan sampah.

Katanya lagi, sampah dibuang di kawasan tepi Pantai Lido yang terletak di Selat Tebrau atau Selat Johor.

Seorang pengguna Twitter (@amitysea1) turut mempersoalkan bagaimana Pihak Berkuasa Tempatan tidak menyedari hal berkenaan kerana Dewan Bandaraya Johor terletak berhampiran kawasan itu.


JCS Kenakan Tindakan Terhadap Pihak Kontraktor

Seorang pengguna Twitter (@Tfsgxy_) telah menyebut Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, di Twitter untuk meminta kontrak syarikat berkenaan ditamatkan.

TMJ kemudiannya didapati menghubungi Datuk Haji Norazam dari Johor Civil Service (JCS) berkenaan perkara tersebut. Tidak lama selepas itu, baginda menerima maklum balas bahawa tindakan telah dikenakan terhadap syarikat berkenaan dan kontraktor turut diminta supaya membersihkan kembali kawasan berkaitan.

Tambahan lagi, pekerja yang terlibat seperti dirakam di dalam video berkenaan telahpun ditamatkan kontrak oleh syarikat dan kontraktor juga berdepan dengan tindakan senarai hitam.

Pada masa yang sama, seorang pengguna TikTok lain (@mzulhilmi2208) telah mengemukakan aduan kepada pihak MBJB. Dapat dilihat dalam gambar dikongsinya bahawa sampah yang dibuang di kawasan itu telah mula dibersihkan.

@mzulhilmi2208 Replying to @Mohd Zulhilmi Tamsir terbaik MBJB @majlisbandarayajohorbahru ♬ Banana (feat. Shaggy) [DJ FLe – Minisiren Remix] – Conkarah

Beberapa orang pengguna Twitter lain berkata perkara ini turut terjadi di kawasan lain dan telah berlaku buat beberapa seketika. Malah, terdapat pihak yang turut membuang sampah di kawasan sungai untuk mengambil upah penuh yang dibayar.

Menurut MBJB, tindakan membuang sampah ditempat yang tidak dibenarkan boleh didakwa di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672). Jika disabitkan kesalahan, akan dikenakan denda antara RM10,000 hingga RM100,000.00 atau dipenjara antara enam bulan hingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd