Now Reading
Kem #KotexRiseUp, Atasi Kerisauan & Semai Keyakinan Wanita Sewaktu Haid

Kem #KotexRiseUp, Atasi Kerisauan & Semai Keyakinan Wanita Sewaktu Haid

Hormon wanita boleh diseimbangkan melalui amalan sering bersenam, diet seimbang serta tidur yang cukup.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kem #KotexRiseUp telah diadakan di Tadom Hill pada 13 dan 14 Julai sempena pengenalan rangkaian produk Kotex Total Protection Overnight yang diperbaharui dengan jaminan 100% tidak akan menyebabkan bocor ketika tidur.

Seramai 60 orang peserta wanita yang terdiri daripada influencer dan pengamal media telah menyertai kem tersebut yang bertujuan untuk mengatasi rasa takut dan kebimbangan, membina daya tahan diri dan meningkatkan keyakinan.

Kem yang berlangsung selama dua hari itu menunjukkan bagaimana Kotex dapat memberi tidur tanpa rasa risau walaupun dalam persekitaran yang mencabar.

Sumber: Kotex Malaysia

Pengurus Jenama Kotex Malaysia, Michelle Chin berkata kem #KotexRiseUp direka untuk menghentikan stigma terhadap haid dan meneroka pelbagai kebarangkalian dalam kehidupan, sama ada ketika didatangi haid ataupun tidak.

Dorongan Kotex untuk memberi sokongan terhadap kemajuan wanita dan pandangan pengguna menjadi inspirasi inovasi yang dijalankan ke atas rangkaian produknya.

Kami mendapat tahu bahawa wanita sering merasa risau tentang kebocoran haid, terutamanya pada waktu malam dan perkara ini boleh mengganggu kualiti tidur mereka serta keesokan harinya. Oleh itu, dengan inovasi ini, kami menghilangkan kebimbangan ini dari wanita yang kedatangan haid.

Pengurus Jenama Kotex Malaysia, Michelle Chin.

PMS Terjadi Kerana Perubahan Hormon Dalam Badan

Rata-rata wanita, terutamanya mereka yang berada pada usia remaja, pasti mengalami sindrom pramenstruasi (PMS) sebelum kitaran haid bermula. PMS menyebabkan simptom fizikal, psikologi dan emosi kepada wanita dengan gejala yang berbeza bagi setiap individu.

Seorang wanita kebiasaannya mengalami gejala PMS sekitar 14 hari sebelum haid yang terhenti apabila haid bermula. Antara simptom PMS adalah:

  • pening kepala
  • rasa ‘pitam’     
  • perut kembung
  • rasa mual dan muntah
  • sembelit atau diarea 
  • tekanan emosi
  • merasa letih
  • sakit di bahagian bawah perut atau ari-ari

Pakar perubatan Dr Shazril Shaharuddin atau lebih dikenali sebagai Dr Say, telah berucap dalam satu sesi di kem tersebut. Beliau berkata PMS adalah disebabkan oleh perubahan hormon yang terjadi di dalam tubuh badan wanita dan ia memberikan kesan yang berbeza terhadap setiap wanita.

Menurutnya, penting untuk wanita memahami tubuh badan masing-masing dan mendorong diri mengikut kemampuan mereka agar perubahan hormon dapat dikawal.

Sering bersenam, mengamalkan diet seimbang, mendapatkan tidur yang cukup, dan usaha untuk mengurangkan tekanan melalui latihan pernafasan dapat membantu mengawal PMS dan haid kerana ia akan menyeimbangkan hormon.

Pakar perubatan Dr Shazril Shaharuddin.
Sumber: Kotex Malaysia

Dr Say berkata tidur yang mencukupi dapat menguatkan sistem imun badan, memulihkan tahap tenaga serta mengawal mood dan emosi.

Katanya, tidur yang tidak mencukupi atau terganggu menyumbang kepada tekanan atau kebimbangan dan boleh memburukkan sebarang gangguan mental yang dihadapi.


Hentikan Stigma Ke Atas Haid

Di samping itu, bekas atlet Olimpik gimnastik, Farah Ann turut hadir di kem #KotexRiseUp. Dia meluahkan rasa syukur kerana dibesarkan dalam persekitaran yang sentiasa memberi sokongan.

Katanya, rakan-rakan gimnastik dan jurulatih akan berkongsi pad kepada sesiapa yang memerlukannya dan sering memerhatikan satu sama lain sekiranya ada yang mengalami kebocoran sewaktu haid.

Malangnya ini bukanlah situasi bagi kebanyakan wanita di Malaysia yang masih bergelut dengan perasaan malu apabila bercakap tentang haid atau meminta pad. Jadi sebab itulah forum seperti ini penting untuk menggalakkan wanita bangkit dan menghentikan stigma ke atas haid.

Bekas atlet Olimpik gimnastik, Farah Ann.

Selain daripada sesi forum ini, para peserta turut berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik, antaranya flying fox, aktiviti air, mendaki, permainan minda dan banyak lagi.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd