[Video] “Saya Terharu & Sebak” – Wanita Viral Pernah Jahit PPE Untuk Frontliners Guna Kaki Semasa PKP Selamat Bernikah
Majlis persandingan Norfarrah dan Zulfadli diadakan di Dewan Dato Mohamed Jamrah, Parit 7 Sungai Sumun, Bagan Datuk, Perak pada hari yang sama selepas pernikahan.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
TikTokers yang dikenali sebagai Norfarrah Syahirah sering tular di media sosial susulan kecekalannya menjalani kehidupan seharian tanpa kedua-dua tangan.
Kebanyakan pengguna media sosial kagum melihat Norfarrah yang pernah viral memandu kereta tanpa tanggan.
Bukan itu sahaja, kisah Norfarrah membantu menjahit pakaian perlindungan diri (PPE) dengan menggunakan kaki untuk frontliners juga pernah mendapat perhatian ramai.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Respect! Wanita OKU Jahit PPE Guna Kaki Untuk Frontliners Dapat Pujian Netizen
Wanita tular tanpa kedua tangan akhiri zaman bujang
Terkini, Norfarrah akhirnya menamatkan zaman bujang apabila telah melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihan hati kelmarin (23 Julai).
Wanita hebat berusia 35 tahun itu dan pasangannya, Zulfadli Syahrul, 33, melangsungkan pernikahan di Masjid Al-Maaruf Parit 5, Sungai Sumun, Hutang Melintang, Bagan Datuk.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @zirashaari, kelihatan Zulfadli memakaikan rantai emas kepada Norfarrah sebelum mencium dahi dan pipi isterinya.
@zirashaari alhamdulillah..tahniah adikku syg @Farrah Syahirah ❤ #wedding #fyp @epoi4752
♬ Hingga Tua Bersama – Rizky Febian
Norfarrah bersyukur temui jodoh terima kekurangannya
Sementara itu, Norfarrah bersyukur kerana bertemu jodoh dengan lelaki yang cukup sifat, memahaminya dan menerima kekurangan dirinya setelah setahun mereka saling berkenalan.
“Kekurangan anggota fizikal sejak lahir, pada awalnya saya tidak yakin dia boleh menerima kekurangan diri saya.
“Namun dia tetap meneruskan niatnya untuk berkawan dan hampir setahun kami berkawan, dia datang ke rumah membawa rombongan untuk bertunang tahun lepas.
“Saya sangat terharu dan sebak apabila dia menerima kekurangan saya,” katanya yang dipetik Utusan Malaysia.
Mula berkenalan sejak setahun lalu
Dalam pada itu, suaminya yang bekerja di Kuala Lumpur berkata perkenalan di antara mereka berdua bermula sejak setahun lalu menerusi media sosial.
Kata Zulfadli, pada awalnya dia cuba menghantar mesej kepada isterinya melalui Facebook dan Instagram tapi tidak berbalas.
Balas chat ketika menjelang Hari Raya Aidiladha, berkenalan & bertunang
Bagaimanapun, ketika menjelang Hari Raya Aidiladha tahun lalu Norfarrah membalas mesej dan semenjak itu mereka saling berkenalan sebelum melangsungkan pertunangan.
Saya tidak pernah memikirkan kekurangan dirinya, sebagai manusia biasa kita juga ada kekurangan dan bagi saya semua orang dalam dunia ini sama
Suami Norfarrah Syahirah, Zulfadli Syahrul
Majlis perkahwinan kedua-dua mempelai itu diadakan di Dewan Dato Mohamed Jamrah, Parit 7 Sungai Sumun, Bagan Datuk, Perak pada hari yang sama selepas pernikahan.
Dalam satu lagi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @pojie_z, kelihatan suasana meriah pada majlis persandingan pasangan pengantin itu dengan dihadiri ahli keluarga, sanak-saudara, rakan-rakan dan tetamu undangan.
Video TikTok, sekitar majlis persandingan
Kami juga ingin mengucapkan selamat pegantin baru kepada Norfarrah dan suaminya, semoga hubungan yang dibina kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.