Now Reading
Saya Ada Allah, Kata Sanusi Sambil Kongsi Gambar Di Luar Mahkamah Dalam Facebook

Saya Ada Allah, Kata Sanusi Sambil Kongsi Gambar Di Luar Mahkamah Dalam Facebook

Perdana Menteri berkata penggunaan Akta Hasutan tidak dapat dielakkan kerana Menteri Besar sementara Kedah itu telah menyentuh institusi diraja.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setelah dikenakan dua tuduhan di Mahkamah Sesyen Selayang kerana melakukan kenyataan berbaur hasutan, Menteri Besar sementara Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor berkongsi beberapa gambarnya berada di tengah-tengah orang ramai di luar mahkamah pagi tadi (18 Julai).

Sanusi mengaku tidak bersalah di atas dua tuduhan mengeluarkan kenyataan yang boleh menghasut ketidaksetiaan terhadap Raja-Raja.

BACA LANJUT: Sanusi Ditahan Jam 3 Pagi, Mengaku Tak Bersalah Atas 2 Pertuduhan

Dia menulis di bahagian kapsyen, “Saya ada Allah…”

Dalam satu gambar yang dikongsi, Sanusi mengangkat sebelah tangan dan imej itu kelihatan seolah-olah seperti gambar yang digunakan pada poster filem Anwar: The Untold Story.

Pengguna Twitter @cheajibsayang bertanya: Siapa gamaknya hero filem Sanusi Untold Story nanti?


Adakah Sanusi Melanggar Perintah Larang Suara?

Setelah dia didakwa, mahkamah telah mengenakan perintah larang suara untuk menghentikannya agar dia tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan kes terbabit.

Namun begitu, setelah dia dibebaskan dengan ikat jamin, Sanusi mengadakan satu sidang akhbar di luar mahkamah.

Dia mendakwa bahawa tuduhan terhadapnya dilakukan secara tergesa-gesa dan atas sebab politik.

Memandangkan siasatan hanya dilakukan selama tiga hari, dia mendakwa bahawa kes tersebut dipercepatkan untuk mengancam peluangnya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung pada 12 Ogos.

Sanusi juga mendakwa walaupun tidak menerima notis yang dia akan dikenakan tuduhan di mahkamah, dia menegaskan bahawa dia akan tetap hadir ke mahkamah.

Walau bagaimanapun, dia telah ditahan pada jam 3 pagi di sebuah apartmen yang didiaminya di Kuala Lumpur.

Nampaknya di Malaysia ini tak boleh cakap apa, tuan-tuan. Kalau di medan politik, biasanya orang selesaikan masalah politik, memberikan hujah balas… Tetapi di Malaysia pada hari ni kerana kita ada kerajaan yang takut, dia guna polis untuk sekat ucapan-ucapan kita. Nampaknya ahli-ahli politik ini telah bankrap, menggunakan pihak berkuasa untuk menyekat kemaraan rakyat. Saya harap ini adalah satu petanda bahawa mereka sebenarnya sedang ketakutan dan segala aparatus negara dan agensi-agensi awam akan digunakan untuk menyekat perkembangan dan kehangatan rakyat ini.

Menteri Besar sementara Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Dia dalam masa yang sama turut menzahirkan harapan agar enam negeri yang akan menjalani PRN pada Ogos ini akan dimenangi oleh Perikatan Nasional (PN).


Anwar Kata Akta Hasutan Perlu Bagi Kes Ini

Dengan tuduhan ke atas Sanusi dilakukan di bawah Akta Hasutan 1948 yang penuh kontroversi, tidak mengejutkan apabila ramai orang mengemukakan kebimbangan mereka bahawa Akta tersebut masih digunakan.

Peguam Eric Paulsen berkata Akta itu adalah satu undang-undang kolonial ketinggalan zaman dan tidak mempunyai tempat dalam negara yang mengutamakan demokrasi serta hak kemanusiaan.

Seorang lagi peguam, Edmund Bon mempersoalkan mengapa Akta itu masih digunakan dan menekankan bahawa ia harus dihapuskan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Akta Hasutan yang digunakan bagi kes ini tidak dapat dielak kerana Sanusi telah menyentuh institusi diraja.

Seperti yang dilaporkan oleh Malaysia Gazette, Anwar berkata secara prinsipnya, mereka akan elak daripada menggunakan Akta Hasutan, namun kes ini telah melibatkan kedudukan Raja-Raja.

Dia juga berkata Akta tersebut tidak pernah digunakan apabila kedudukannya sebagai Perdana Menteri dikritik.

Tapi ini soal kedudukan dan martabat Raja-Raja yang harus kita pelihara dan elak menjadi suatu wacana perbahasan politik yang tidak sihat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd