Now Reading
Gerakan Gesa Menteri Besar Kedah Henti Pertikai Isu Kedaulatan Pulau Pinang

Gerakan Gesa Menteri Besar Kedah Henti Pertikai Isu Kedaulatan Pulau Pinang

Menurut Oh Tong, kenyataan Sanusi Md Nor dapat menjejaskan keharmonian antara masyarakat Kedah dan Pulau Pinang, ujar Oh Tong.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong menghentam Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor kerana kerap pertikai mengenai kedaulatan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri.

Kata Oh Tong, Gerakan sama sekali tidak bersetuju dengan dakwaan Sanusi meskipun parti tersebut dan PAS adalah sekutu.

Tindakan Sanusi mungkin buat beliau kelihatan berani dan bantu raih sokongan

Menurutnya, tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu mungkin membuatkan beliau kelihatan berani selain dapat meraih sokongan orang Kedah.

Bagaimanapun, kenyataan tersebut juga dapat menjejaskan keharmonian antara masyarakat Kedah dan Pulau Pinang, ujar Oh Tong.

“Kita semua tahu bahawa pilihan raya semakin hampir untuk enam negeri, tetapi ahli politik tidak seharusnya membuat dakwaan mengelirukan untuk menyemai kekacauan dan ketidakharmonian bagi tujuan meraih sokongan.

“Sanusi mesti berhenti menggunakan naratif sedemikian serta-merta, yang merosakkan keharmonian antara Pulau Pinang dan Kedah untuk mendapatkan sokongan di Kedah bagi dirinya sendiri,” katanya dipetik Malaysiakini.

Rakyat Pulau Pinang, Kedah dan Perak jalin hubungan baik sejak dahulu lagi

Berkongsi lanjut, Oh Tong berkata Pulau Pinang telah membangun secara pesat sejak di era pemerintahan Gerakan lagi dengan ramai orang Kedah dan Perak menjalinkan hubungan baik bersama rakyat Pulau Pinang selepas mereka datang bekerja di kilang negeri itu.

“Gerakan tidak akan sekali-kali bersetuju dengan kenyataan Sanusi yang merosakkan serta bertujuan untuk mewujudkan percanggahan dan ketegangan.

“Sanusi mesti memahami dan menerima Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang,” katanya lagi.

Tular dakwaan Sanusi Pulau Pinang milik Kedah kerana tiada sempadan

Terdahulu, kecoh mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Sanusi yang mendakwa Pulau Pinang adalah milik kedah.

Hal ini kerana, Menteri Besar Kedah itu berpendapat bahawa kedua-dua negeri jiran berkenaan tidak mempunyai sempadan.

Kenyataan itu bukan sahaja menimbulkan pelbagai pandangan masyarakat, bahkan ahli-ahli politik kerajaan juga tidak bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Sanusi itu.

Tidak hanya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membidas Sanusi agar lebih memahami Perlembagaan Persekutuan, malah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga menyifatkan pemimpin PAS itu sebagai ‘menghasut’ dan daif tentang ilmu.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd