Now Reading
Isu Gurauan Pukul Kepala Wanita: “Lepuk Dengan Kertas, Bukannya Kayu” – Sanusi

Isu Gurauan Pukul Kepala Wanita: “Lepuk Dengan Kertas, Bukannya Kayu” – Sanusi

Menurut Sanusi, tindakannya bergurau dengan memukul kepala wanita terbabit kerana pelajar itu lewat menghantar surat meminta sumbangan untuk memasuki politeknik.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Baru-baru ini, tular satu video di media sosial yang memaparkan tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mengetuk kepala seorang wanita dengan menggunakan sehelai kertas pada Sabtu lalu (19 Ogos).

Susulan penularan video tersebut, segelintir individu dan pihak telah mengecam tindakan Sanusi kerana disifatkan sebagai tidak mempunyai adab terutamanya pada golongan wanita.

Sanusi pertahankan tindakannya

Namun, Sanusi yang juga Ahli Dewan Undangan Rakyat (ADUN) Jeneri kemudiannya tampil mempertahankan tindakannya itu.

Menurut Sanusi, tindakannya yang tular itu hanyalah gurauan untuk menegur pelajar berkenaan kerana lambat memohon bantuan.

Hanya melawak, pukul dengan sehelai kertas bukannya kayu

Ujarnya, beliau hanya memukul pelajar terbabit dengan sehelai kertas dan bukannya menggunakan sebatang kayu.

“Melawak dengan anak-anak, lagu tu lah cara kami kat kampung ni melawak. Anak tu nak masuk politeknik esok hari (kelmarin dulu).

“Pada hari tu baru bagi surat minta sumbangan. Kena lepuk lah tapi tetap bagi juga RM650 untuk beli barang dia masuk politeknik,” katanya dipetik MalaysiaKini.

Terdahulu, Timbalan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Amira Aisya Abd Aziz dilaporkan menyifatkan tindakan bergurau Sanusi memukul kepala seorang wanita dengan gulungan kertas adalah sangat tidak beradab.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd