Now Reading
Jabatan Imigresen Siasat Laporan Menteri Buat ‘Kecoh’ Di KLIA

Jabatan Imigresen Siasat Laporan Menteri Buat ‘Kecoh’ Di KLIA

Kata Ruslin, portal berita dalam talian itu mendakwa seorang kenamaan telah membuat kecoh di KLIA dengan menuntut JIM untuk membebaskan seorang pelawat dari China yang dikenakan tindakan Notis Tolak Kemasukan (NTL).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah memulakan siasatan berhubung satu laporan yang mendakwa berlakunya kekecohan di Lapangan Terbang Antarbangsa Kuala Lumpur (KLIA) membabitkan seorang menteri pada Khamis (29 Jun).

Menurut Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh, pihaknya telah menjalankan siasatan secara serta-merta selepas sebuah portal membuat laporan berhubung perkara itu.

Kata Ruslin, portal berita dalam talian itu mendakwa seorang kenamaan telah membuat kecoh di KLIA dengan menuntut JIM untuk membebaskan seorang pelawat dari China yang dikenakan tindakan Notis Tolak Kemasukan (NTL).

Jabatan ini telah mengambil tindakan serta-merta memulakan siasatan ke atas dakwaan kejadian yang dilaporkan dalam berita tersebut. Siasatan akan dijalankan secara menyeluruh merangkumi semua aspek yang berkaitan.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh

Sehubungan itu beliau memohon orang ramai untuk memberikan ruang agar siasatan dapat dijalankan dengan telus dan tidak membuat sebarang spekulasi atau provokasi yang boleh mengganggu siasatan.

Terdahulu sebuah portal dalam talian melaporkan seorang menteri telah mencetuskan kecoh di dewan ketibaan antarabangsa di KLIA pada Khamis (29 Jun) bagi ‘menyelamatkan’ seorang wanita warga China yang tidak dibenarkan memasuki negara ini sebaik tiba di lapangan terbang itu.

Bukan itu sahaja, dia juga didakwa masuk ke kawasan itu tanpa memohon pas keselamatan selain cuba menggunakan kuasanya sebagai menteri apabila tindakannya cuba dihalang.

BACA JUGA: Tular Dakwaan Menteri Buat Kecoh Di KLIA, Cuba Bebaskan Pelawat China Ditahan Imigresen


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd