Now Reading
[Video] “Petak Kuning Kena Kosong!” – Pemandu Ambulans Tegur Kereta Halang Laluan Ketika Dalam Tugas

[Video] “Petak Kuning Kena Kosong!” – Pemandu Ambulans Tegur Kereta Halang Laluan Ketika Dalam Tugas

Menerusi video, kereta terbabit bersama sebuah lagi kenderaan di sebelahnya turut berada di dalam kawasan petak kuning.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Setiap negara pasti mempunyai peraturan jalan raya, bahkan peraturan ini adalah sama di setiap negara agar undang-undang dapat diseragamkan di seluruh dunia.

Malaysia turut tidak terkecuali dalam memandang serius mengenai isu undang-undang di jalan raya ini agar kenderaan dapat bergerak secara lancar dan juga selamat.

Namun, masih ada segelintir pengguna jalan raya yang enggan mematuhi dan mengikuti peraturan yang telah ditetapkan ini.

Menerusi satu rakaman ‘dashcam’ yang dimuat naik akaun Facebook Apit Lid, kelihatan jelas rakaman ‘dashcam’ tersebut di ambil di dalam sebuah ambulans yang sedang di dalam tugas.

Jangan kecam pemilik kereta, sekadar saling mengingati

“Mohon jangan kecam owner Bezza, perkongsian ini Cuma untuk saling mengingati. Petak kuning bukan tempat untuk berhenti,” tulisnya di kapsyen.

Dalam video sama, kelihatan ambulans tersebut di dalam perjalanan menuju ke sebuah hospital yang terletak berhadapan jalan.

Ketika tiba di hadapan simpang masuk ke dalam hospital, ambulans terbabit tidak dapat membelok ke kanan kerana ruang yang sempit.

Apa yang lebih menyukarkan ambulans tersebut untuk membelok adalah sebuah kenderaan jenis Perodua Bezza sedang menghalangnya untuk mengambil sedikit ruang di sebelah kiri.

Berada di dalam kawasan petak kuning

Tidak hanya itu, kereta terbabit bersama sebuah lagi kenderaan di sebelahnya turut berada di dalam kawasan petak kuning.

Susulan itu, kenderaan terbabit terpaksa memberikan sedikit ruang dengan bergerak ke bahagian hadapan.

Namun, ia tetap memerlukan masa untuk ambulans tersebut mencari ruang agar tidak bergesel dengan kereta yang menghalangnya itu.

Pemandu ambulans tegur jangan berhenti dalam petak kuning

Sejurus selepas berjaya mendapatkan ruang untuk membelok, pemandu ambulans tersebut bersuara dengan menegur agar petak kuning harus dibiarkan kosong.

“Sebab tu kotak kuning tak boleh duduk bang, kotak kuning kena biar kosong,” tegur pemandu terbabit.

Dilarang berhenti di petak kuning

Untuk info, petak kuning adalah isyarat atau tanda di atas jalan raya yang berfungsi memberi laluan kepada kenderaan yang hendak masuk atau keluar dari simpang jalan.

Kenderaan dalam pergerakan menuju ke hadapan hendaklah berhenti sebelum petak kuning bagi memberi peluang kepada mana-mana pemandu yang sedang menunggu untuk keluar atau masuk ke simpang.

menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut menyelar tindakan pemandu kereta terbabit yang telah menyusahkan ambulans itu serta berada di dalam kawasan petak kuning.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd