Now Reading
Elon Musk ‘Game’ Peminat Manchester United! Sembang Nak Beli Rupanya Bergurau

Elon Musk ‘Game’ Peminat Manchester United! Sembang Nak Beli Rupanya Bergurau

Bagaimanapun dia berkata, jika benar dia ingin membeli mana-mana kelab bola sepak sebagai satu pelaburan, Manchester United tetap menjadi pilihan kerana ia adalah kelab kegemarannya sejak kecil.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sejak kelmarin (16 Ogos), media sosial hangat memperkatakan mengenai ciapan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla, Elon Musk yang mengeluarkan kenyataan ingin membeli kelab gergasi bola sepak, Manchester United Football Club (MUFC).

Elon Musk yang juga manusia terkaya di dunia memaklumkan perkara tersebut secara ringkas di laman Twitter miliknya selepas dia membuat pengakuan menyokong kedua-dua parti politik di Amerika Syarikat.

Elon Musk sedang membeli MUFC

“Saya sedang membeli Mancheter United, sama-sama” tulisnya ringkas.

Meskipun ciapannya itu adalah ringkas, ia telah menjadi bualan hangat di kalangan peminat bola sepak dan pengulas sukan di seluruh pelusuk dunia sehingga turut mendapat liputan media di Eropah.

Kenyataan membeli MUFC hanya gurauan

Namun selepas beberapa jam memuat naik ciapan tersebut, Elon Musk kemudiannya mengakui ia sebenarnya hanyalah gurauan.

Kenyataan itu dikeluarkan olehnya sewaktu menjawab satu soalan yang ditanya oleh seorang pengikutnya.

“Tidak, ini adalah jenaka yang sudah lama disiarkan di Twitter. Saya tidak membeli mana-mana pasukan sukan,” kata Musk.

Bagaimanapun dia berkata, jika benar dia ingin membeli mana-mana kelab bola sepak sebagai satu pelaburan, Manchester United tetap menjadi pilihan kerana ia adalah kelab kegemarannya sejak kecil.

MUFC dimiliki keluar Glazer sejak 2005

Untuk info, Manchester United Plc dimiliki oleh keluarga Glazer dari Amerika Syarikat (AS) sejak tahun 2005. Namun sejak kebelakangan ini kerap dikritik ekoran dari prestasi tidak menentu pasukan berkenaan di kancah Liga Perdana Inggeris.

Susulan itu, penyokong Manchester United terus menyuarakan ketidaksetujuan mereka terhadap pemilikan keluarga Glazer dengan melancarkan protes di luar stadium Old Trafford baru-baru ini.

Malah kemerosotan prestatsi tersebut menyebabkan MU yang dikategorikan sebagai salah sebuah kelab yang memilik penyokong paling ramai di dunia gagal melayakkan diri ke UEFA Champion League (Piala Eropah) bagi tahun ini.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd