Kecewa Putus Cinta, Lelaki Warga Asing Di Johor Berbogel Di Tempat Awam
Lelaki tidak berpakaian itu dilihat di sekitar Permas Jaya, Johor Bahru, Johor pada Khamis lalu (18 Januari) sebelum ditahan pihak polis pada hari sama.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Putus cinta adalah salah satu perkara yang boleh membuatkan kehidupan seseorang tidak tentu hala kerana jiwa dan fikiran mereka terganggu dengan situasi yang ‘mematahkan’ hati mereka.
Keadaan ini juga boleh menyebabkan seseorang bertindak di luar jangkaan sehingga secara tidak langsung ia boleh memberi kesan buruk kepada diri sendiri seperti mana yang berlaku baru-baru ini di Johor Bahru.
Lelaki Warga Asing Berbogel Di Tempat Awam Selepas Putus Cinta
Dalam satu rakaman video dimuat naik semula di laman X (Twitter @BuletinTV3), kelihatan seorang lelaki tidak berpakaian ketika berjalan kaki seorang diri di tempat awam sekitar Permas Jaya, Johor Bahru, Johor.
Memetik Harian Metro, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Raub Selamat menjelaskan pihak mereka menerima laporan berhubung kejadian sekitar jam 10:00 malam pada Khamis lalu (18 Januari) daripada pekerja hotel di kawasan berhampiran.
Menerusi video berdurasi tiga minit 57 saat itu, individu berkenaan dilihat mahu melintas jalan tetapi sempat ditahan oleh dua orang lelaki sebelum sebuah kereta peronda polis datang untuk menahannya kira-kira jam 1:58 pagi pada Jumaat (19 Januari).
Hasil siasatan mendapati bahawa suspek tidak memiliki sebarang masalah kesihatan mental, berada dalam keadaan waras serta tidak berada di bawah pengaruh dadah manupun alkohol.
Namun dia difahamkan melakukan tindakan sedemikian kerana kecewa ditinggalkan bekas teman wanita.
Susulan itu, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Tertekan kerana putus cinta, seorang lelaki warga asing berbogel di tempat awam di Permas Jaya , malam kelmarin.
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) January 21, 2024
Sumber video tular pic.twitter.com/aCqSB917dq
Pentingnya Penjagaan Kesihatan Mental
Memetik sumber Sinar Harian, masalah kesihatan mental dikategorikan sebagai masalah kesihatan kedua terbesar di Malaysia.
Antara punca yang menyebabkan seseorang berdepan dengan masalah kesihatan mental adalah seperti:
- Masalah keluarga
- Masalah di tempat kerja
- Penggunaan media sosial yang berlebihan
- Masalah kewangan
- Tertekan dengan akademik
Terdapat beberapa tips yang boleh membantu anda untuk menstabilkan semula kesihatan minda, iaitu dengan cara:
- Merehatkan diri dari media sosial.
- Mencari hobi baharu.
- Kerap bersenam dan bersukan.
- Membina rutin harian yang positif.
- Menjaga pemakanan.
- Membela haiwan peliharaan mengikut keselesaan.
- Beribadah.
Jika anda ingin mendapatkan nasihat atau bantuan dari mana-mana pihak, berikut adalah beberapa talian yang boleh dihubungi:
- MALAYSIAN MENTAL HEALTH ASSOCIATION (MMHA): +6 03 2780 6803 |Â E-mail:Â admin@mmha.org.my |Â Website:Â https://mmha.org.my/
- BEFRIENDERSÂ @ KL: +6 03 7956 8145 (24 hours), Ipoh: +6 05 547 7933 (4pm to 11pm), Penang: +6 04 281 5161 (3pm to midnight) |Â E-Mail:Â sam@befrienders.org.my |Â Website:Â https://www.befrienders.org.my/
- ALL WOMEN’S ACTION SOCIETY (AWAM) @ Telenita: +6 03 7877 0224 | E-Mail: awam@awam.org.my | Website: https://www.awam.org.my
Baca Artikel Berkaitan: Menari, Dengar Lagu & 3 Lagi Jenis Aktiviti Untuk Kuatkan Kesihatan Mental
Baca Artikel Berkaitan: Terapis Kongsi Cara Untuk Dapatkan Rawatan Kesihatan Mental Dengan 5 Langkah Ini
Baca Artikel Berkaitan: Adakah Kesihatan Mental Adalah Isu Masyarakat Urban?
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.