MYAirlines Setuju Bayar Tunggakan Gaji Pekerja RM4.3 Juta Mulai Januari 2024
Keputusan untuk melunaskan gaji tertunggak pekerja MYArline dibuat selepas Jabatan Tenaga Kerja (JTK) mengeluarkan perintah mahkamah buruh kepada syarikat terlibat.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Syarikat penerbangan tempatan, MYAirline sebelum ini didakwa tidak membayar gaji pekerja-pekerja mereka sehingga menyebabkan tunggakan dalam jumlah yang banyak.
Dalam perkembangan terbaharu mengenai isu itu, pihak MYAirline kini telah bersetuju untuk melunaskan tunggakan gaji pekerja bernilai RM4.3 juta bermula bulan Januari tahun hadapan.
Memetik sumber Berita Harian, Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kamarul Baharin Mansor memaklumkan keputusan itu dibuat untuk 158 pekerja MYAirline selepas Jabatan Tenaga Kerja (JTK) mengeluarkan perintah mahkamah buruh kepada pihak terlibat.
Walau bagaimanapun, Kamarul bimbang jika pelaburan yang dijangka berlaku itu bertukar sebaliknya dan menyebabkan syarikat penerbangan terbabit menangguhkan pembayaran gaji.
Kerisauan kami adalah jika pelaburan dikatakan itu tidak berlaku, apakah yang akan terjadi kepada pekerja. Kita tidak mahu syarikat cuba menangguhkan pembayaran gaji untuk memindahkan aset ke tempat lain dan kemudian mengisytiharkan diri muflis.
Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kamarul Baharin Mansor.
Jelasnya lagi, gaji pekerja sebelum ini dipercayai telah dipotong bagi membolehkan sejumlah wang dicarumkan ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Namun, ia dipercayai tidak disalurkan kepada organisasi terbabit.
Kita sangsi dengan kejujuran syarikat ini. Saya harap badan berkaitan dapat mengambil inisiatif untuk memanggil MYAirline dan mengambil tindakan sewajarnya.
Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kamarul Baharin Mansor.
MYAirline Gantung Operasi Pada 12 Oktober Lalu
Pada 12 Oktober lalu, syarikat penerbangan MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) telah membuat pengumuman mengejutkan apabila menggantung operasi mereka serta-merta secara mengejut.
Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Aniaya Orang” – Penggantungan Operasi MYAirline Tanpa Notis Awal Buat Pelanggan Berang
Menerusi kenyataan media, MYAirline telah mengambil keputusan sedemikian ekoran masalah kewangan sehingga menyebabkan operasi perlu digantung selain menunggu penstrukturan semula pemegang saham dan penjanaan semula modal syarikat itu.
Susulan itu, pihak pengurusan memohon maaf dan kesal kerana terpaksa membuat keputusan itu yang bakal memberi kesan terhadap penumpang setia, pekerja dan rakan kongsi.
Pihak Pengurusan Cuba Sedaya Upaya Untuk Membayar Gaji Kakitangan
Susulan penggantungan operasi syarikat penerbangan tempatan MYAirline, ramai pihak yang menawarkan bantuan dari segi peluang pekerjaan kepada kakitangan mereka termasuklah AirAsia dan stesen radio Fly FM.
Artikel Berkaitan: Malaysia Airlines & AirAsia Berganding Bahu Bantu Penumpang & Pekerja MYAirline
Walau bagaimanapun, seramai 900 pekerja MYAirline dilaporkan tidak dibuang kerja dan masih berkhidmat dalam syarikat penerbangan itu sehingga ke hari ini.
Memetik sumber Harian Metro, Eksekutif Interim MyAirline Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman memaklumkan pihak mereka berusaha untuk membayar gaji kakitangan sebaik sahaja menerima pelabur baharu yang akan mengambil alih.
Malah, tiada pekerja yang diberi cuti tanpa gaji atau ditamatkan perkhidmatan.
Baca Artikel Berkaitan: “Kebajikan Mereka Keutamaan Kami” – Pekerja MYAirline Tidak Dibuang & Gaji Tetap Akan Dibayar
Baca Artikel Berkaitan: Penumpang MYAirline Boleh Buat Tuntutan Bayaran Balik Tiket Sekiranya Tarikh Perjalanan Sudah Luput – Anthony Loke
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.