Now Reading
[Video] Suami Senyap-senyap Renovate Rumah, Reaksi Isteri Buat Ramai Tersentuh Hati

[Video] Suami Senyap-senyap Renovate Rumah, Reaksi Isteri Buat Ramai Tersentuh Hati

Isterinya terkejut melihat dekorasi rumah kayu mereka itu kini menjadi lebih cantik dan moden selepas diubah suai sendiri oleh si suami.

[Video] Suami Senyap-senyap Renovate Rumah, Reaksi Isteri Buat Ramai Tersentuh Hati

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Selain memuliakan ibu, suami yang hebat juga adalah suami yang pada masa yang sama boleh membahagiakan isterinya.

Nak menggembirakan hati isteri ini senang je sebenarnya. Contohnya, belikan pisang goreng kegemarannya setiap kali pulang dari kerja, melayan ‘craving’ setiap kali datang bulan dan sebagainya.

Dengan membuatkan isteri bahagia, para suami juga akan mendapat ganjaran pahala selain dilimpahkan rezeki yang tidak disangka-sangka dari Allah SWT.

[Video] Suami Senyap-senyap Renovate Rumah, Reaksi Isteri Buat Ramai Tersentuh Hati
Gambar sekadar hiasan.

Suami Ubah Suai Rumah Kayu Di Kampung Dengan Dekorasi Dalaman Yang Moden Demi Keselesaan Isteri

Bagi seorang pengguna TikTok ini (@hermanali87), salah satu caranya untuk membahagiakan isteri adalah dengan mengubah suai kediaman mereka secara diam-diam.

Menerusi perkongsian video sebelum ini, lelaki yang dikenali sebagai Aiman itu menunjukkan keadaan rumah mereka yang merupakan sebuah rumah kayu di kawasan kampung.

Ketika ditanya kepada isterinya sama ada dia menyukai atau tidak rumah kayu itu, dia menjawab persoalan suaminya dengan jawapan positif sambil memberikan senyuman.

https://www.tiktok.com/@hermanali87/video/7196661414306549019

Oleh kerana ingin memberikan keselesaan kepada isteri dan anaknya, Aiman berhasrat untuk melakukan sendiri proses pengubahsuaian rumah kayu mereka.

Dari proses mengecat dan mendekorasi hiasan dalaman, semuanya dibuat sendiri hasil titik peluh suami itu. Cukup mengagumkan!

https://www.tiktok.com/@hermanali87/video/7194057577183972635

Isteri Terkejut Suami Buat Kejutan Ubah Suai Sendiri Rumah Kayu Jadi Lebih Cantik

Dalam video yang dimuat naik baru-baru ini, Aiman menunjukkan reaksi isterinya ketika melihat kejutan yang dilakukan olehnya dengan mengubah suai sendiri kediaman mereka.

Anda sendiri boleh lihat dengan jelas yang isterinya agak terkejut dan pada masa sama gembira melihat kecantikan dekorasi dalaman rumah mereka yang agak berbeza jika dilihat dari luar.

Bukan setakat isterinya sahaja yang terkejut, penulis sendiri terkesima melihat dekorasi dalaman itu. Cantik betul!

[Video] Suami Senyap-senyap Renovate Rumah, Reaksi Isteri Buat Ramai Tersentuh Hati

Kalau anda tengok, luaran rumah itu masih nampak seperti rumah kayu yang biasa. Tetapi kalau anda masuk, dekorasinya kelihatan sangat moden.

Disebabkan terkejut dengan hasil titik peluh suaminya sendiri, si isteri tidak berhenti memuji dekorasi dalaman yang cantik itu.

Cantiknya! Bila masa awak buat ni? Lawanya. Awak tipu saya, kata nak pasang tikar getah je.

Isteri.

Video tersebut telah meraih 2.9 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@hermanali87/video/7195386162339532058?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=6967153737346041346

Netizen Tersentuh Hati Lihat Reaksi Isteri Gembira Dengan Kejutan Dari Suaminya

Menjengah ke ruangan komen video tersebut, ramai netizen yang tersentuh hati melihat reaksi isteri itu selepas mengetahui suaminya telah mengubah suai kediaman mereka menjadi lebih cantik.

Lembut je reaksi si isteri selepas tengok kejutan dari suaminya.

Ada di antara mereka yang juga mendoakan agar si suami dimurahkan rezeki kerana telah membahagiakan isterinya.

Tips Untuk Bahagiakan Isteri

Isteri adalah kunci kebahagiaan kepada sesebuah rumah tangga. Apabila para suami menjaga isteri dengan baik, percayalah rumah anda tidak akan hilang serinya.

Antara tips untuk membahagiakan isteri anda adalah seperti berikut:

  • Memberi perhatian kepada sekecil-kecil perkara yang isteri suka.
  • Meluangkan masa untuk mendengar cerita atau keluhan isteri.
  • Memberi sentuhan fizikal seperti mengurut anggota badan dan memeluk mereka.
  • Memberi ganjaran kepada isteri sebagai tanda menghargai jasa mereka menguruskan keluarga.
  • Mengeluarkan kata-kata yang boleh menggembirakan hati mereka seperti ‘Terima kasih’ atau ‘I love you’.

“Happy wife, happy life”.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd