Now Reading
[Video] Biawak Berlakon Jadi Tiang Untuk Elak Ditangkap Buat Ramai Terhibur

[Video] Biawak Berlakon Jadi Tiang Untuk Elak Ditangkap Buat Ramai Terhibur

Anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang menjumpai biawak itu juga berpura-pura tidak melihat haiwan tersebut walaupun sudah menyuluhkan lampu pada badan reptilia tersebut.

[Video] Biawak Pura-pura Berlakon Jadi Tiang Untuk Elak Ditangkap Buat Ramai Terhibur

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bila sebut biawak, mesti semua takut dengan haiwan berkenaan. Mana tidaknya, spesies ini dikatakan sama seperti ular kerana mempunyai gigitan yang berbisa.

Selain itu, tubuh badannya yang seakan-akan buaya membuatkan haiwan ini lebih ditakuti. Badan bersisik dan kulit yang tebal, memang mengerikan.

Kalau nampak dari jauh, memang terus berlari tak ingat dunia.

Biawak Pura-pura Jadi Tiang Ketika Dijumpai Oleh Pihak JPAM

Namun siapa sangka haiwan yang ditakuti oleh sesetengah masyarakat ini boleh membuat aksi yang tidak disangka-sangka dan telah menghiburkan ramai.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok (@ohbulanofficial), kelihatan beberapa anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sedang membuat pemeriksaan di sebuah lokasi.

Ketika melakukan pemeriksaan, seekor biawak telah dijumpai dalam keadaan menyandarkan dirinya dalam keadaan menegak di sebuah tiang.

[Video] Biawak Berlakon Jadi Tiang Untuk Elak Ditangkap Buat Ramai Terhibur
Sumber: TikTok @ohbulanofficial

Mungkin agaknya biawak itu mahu berpura-pura menjadi tiang supaya anggota JPAM tidak dapat mengesannyan dan tidak ditangkap.

Lebih menghiburkan lagi, anggota JPAM yang menjumpai biawak itu juga berpura-pura tidak melihat haiwan tersebut walaupun sudah menyuluhkan lampu pada badan reptilia tersebut.

Video itu mendapat perhatian netizen sehingga berjaya meraih 2.4 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@ohbulanofficial/video/7192068492328176922

Netizen Pun Terhibur Tengok Gelagat Biawak Berlakon Jadi Tiang

Di ruangan komen video tersebut, kebanyakan netizen turut terhibur melihat gelagat biawak tersebut yang berlakon menjadi tiang ketika pemeriksaan dilakukan oleh anggota JPAM.

Mungkin biawak itu beranggapan taktik yang dilakukan dapat menyelamatkan dirinya daripada ditangkap dan dikurung di dalam sangkar.

Kenapa Perlu Lambung Biawak Seperti Helikopter Untuk Selamatkan Diri

Terdahulu, pernah berlaku satu kejadian apabila seorang pengawal keselamatan di Sabah menangkap biawak yang berkeliaran di tempat awam.

Apa yang mencuri perhatian ramai adalah tindakannya memegang ekor haiwan itu dan membuat beberapa putaran seperti helikopter sebelum mencampaknya ke jalan raya.

lambung biawa seperti helikopter
Kredit gambar: Twitter @DailyExpress_MY

Kalau anda nak tahu, putaran seperti helikopter yang dilakukan oleh pengawal keselamatan itu penting untuk dilakukan demi menjaga keselamatan diri.

Jika tidak, biawak tersebut boleh memusingkan badannya nak menggigit tangan atau mana-mana anggota badan manusia.

BACA JUGA: [Video] Ada Sebab Kenapa Sekuriti Lambung Biawak Seperti ‘Helikopter’


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd