[Video] Ada Sebab Kenapa Sekuriti Lambung Biawak Seperti ‘Helikopter’
Putaran seperti helikopter itu penting untuk mengelakkan biawak tersebut berpusing dan menggigit manusia.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Bila sebut biawak, mesti semua takut dengan haiwan berkenaan. Mana tidaknya, spesies ini dikatakan sama seperti ular kerana mempunyai gigitan yang berbisa.
Selain itu, tubuh badannya yang seakan-akan buaya membuatkan haiwan ini lebih ditakuti. Badan bersisik dan kulit yang tebal, memang mengerikan.
Kalau nampak dari jauh, memang terus berlari tak ingat dunia.
Sekuriti putar biawak sebelum campak ke jalan
Bila nampak biawak, mesti ramai yang melarikan diri. Takut diterkam haiwan menakutkan itu.
Tapi, lain pula dengan tindakan seorang pengawal keselamatan ini apabila dia dilihat menangkap seekor biawak yang berkeliaran di tempat awam di Sabah.
Apa yang mencuri perhatian ramai adalah tindakannya memegang ekor haiwan itu dan membuat beberapa putaran seperti helikopter sebelum mencampaknya ke jalan raya.
Video yang dimuat naik di Twitter @DailyExpress_MY ini mendapat perhatian sehingga berjaya meraih 345,600 tontonan ketika artikel ini ditulis.
.@KKCity guard seen in this clip tossing away in "helicopter swing" monitor lizard which crawled into public space.
— Daily Express Sabah (@DailyExpress_MY) December 11, 2021
Accompanying music is hilarious, but questions: Was helicopter swing necessary? Drive-by suitable place to throw it to? Car ran over it? Was this animal cruelty? pic.twitter.com/g4eqcINst1
Memang perlu untuk buat putaran helikopter
Hasil tinjauan kami mendapati tindakan pengawal keselamatan itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet. Ada yang setuju dan sebaliknya.
Sesetengah warganet dikatakan mengecam tindakan memutar dan mencampak biawak berkenaan. Katanya seperti mendera haiwan.


Kalau anda nak tahu, putaran seperti helikopter yang dilakukan oleh pengawal keselamatan itu sebenarnya memamng perlu untuk dilakukan demi menjaga keselamatan diri.
Jika tidak, biawak tersebut boleh memusingkan badannya nak menggigit tangan atau mana-mana anggota badan manusia.


Rupanya, ada juga yang baru tahu tentang perlunya membuat putaran sedemikian untuk melindungi diri daripada diterkam biawak.

Kalau boleh sebelum nak mengecam orang, buat kaji selidik dulu.
Mungkin nampak macam tindakan seseorang itu seperti mendera haiwan, tetapi sebenarnya demi jaga keselamatan diri juga.
Apa-apa pun, memang tabiklah dekat pengawal keselamatan tersebut. Kami pun belum tentu berani nak tangkap sendiri biawak tu.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.