Now Reading
Warga Emas Di Sabah Maut Dihempap Jentolak

Warga Emas Di Sabah Maut Dihempap Jentolak

Difahamkan, mangsa pada ketika itu sedang melakukan kerja-kerja mengangkat tanah sebelum dipercayai gagal mengawal jentera tersebut lalu terbalik dan menghempapnya.

Pekerja Maut Dihempap Jentolak Di Sabah

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Malang tidak berbau apabila seorang lelaki maut gara-gara dihempap jentolak di Kampung Tuan berhampiran Sekolah Kebangsaan Lagut di Sabah pada pagi hari ini (28 Oktober).

Memetik laporan Harian Metro, mangsa merupakan lelaki berusia dalam lingkungan 60 tahun yang memandu jentolak berkenaan ketika di lokasi kejadian.

Difahamkan, mangsa pada ketika itu sedang melakukan kerja-kerja mengangkat tanah sebelum gagal mengawal jentera yang dipandu lalu terbalik dan menghempapnya.

Sumber: Harian Metro

Jurucakap Pusat Gerakan (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah memaklumkan seramai tujuh pegawai dan anggota telah digegaskan ke lokasi kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10:12 pagi.

Sebaik tiba di lokasi, mangsa dilihat masih berada di dalam ruang pengendali jentolak berkenaan dan operasi mengeluarkan mangsa segera dijalankan bagi menyelamatkan lelaki tersebut.

Jurucakap Pusat Gerakan (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah.

Selepas operasi menyelamatkan berjaya dilakukan, pegawai perubatan yang hadir untuk membantu di lokasi kejadian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia. Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

BACA JUGA: Lelaki Maut Dihempap Kereta Ketika Sedang Curi Tabung Ekzos


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd