Now Reading
Pemandu Lori Haus, Lori Rosak Tepi Jalan. Rakyat ‘Turun Padang’ COD Air. Salute!

Pemandu Lori Haus, Lori Rosak Tepi Jalan. Rakyat ‘Turun Padang’ COD Air. Salute!

Pemandu lori itu menjelaskan lorinya rosak di tengah jalan dan meminta bantuan sekiranya ada sesiapa yang dapat menghantarkan air kepadanya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Rakyat Malaysia memang terkenal dengan sikap saling bantu-membantu walaupun tidak mengenali antara satu sama lain.

Sebelum ini, seorang polis trafik dilaporkan terlibat dalam kemalangan ketika sedang menjalankan tugas menaiki motosikal Honda CBX berhampiran Tambak Johor.

Melihat kemalangan yang berlaku, pengguna jalan raya di kawasan setempat segera keluar dari kenderaan dan memberikan bantuan kepada anggota tersebut.

Tindakan rakyat Malaysia itu mendapat pujian masyarakat apabila ramai yang datang menghulurkan pertolongan tanpa mengira pangkat, agama dan bangsa.

BACA JUGA: [Foto] Anggota Polis Trafik Kemalangan Dibantu Orang Awam Di Johor Buat Ramai Kagum

Pemandu minta COD air tepi jalan kerana lori rosak

Kebaikan rakyat Malaysia sekali lagi terserlah menerusi hantaran dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook (Faiq Haziq Rusli) dalam grup CHERAS & AMPANG Food Delivery.

Dalam hantaran dimuat naik itu, seorang pemandu lori meminta bantuan sesiapa untuk membeli dan menghantarkan air kepadanya kerana dia dikatakan tersekat di tepi jalan raya ekoran lorinya yang rosak.

Nak buat pesanan dari rider seperti GrabFood danFoodpanda pula mungkin agak sukar kerana lokasinya berada di atas lebuh raya yang dipenuhi dengan kenderaan lalu lalang.

Namun siapa sangka, hantaran yang dimuat naik di laman Facebook membuatkan ramai datang menghulurkan minuman seperti jus oren dan teh o’ ais kepadanya. Siap dapat makanan lagi!

Pemandu lori berkenaan turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang datang memberikan makanan dan minuman kepadanya di tepi jalan.

Bantuan ini petanda rakyat Malaysia baik hati dan maih bersatu

Walaupun hanya sekadar memberikan air, tetapi tindakan itu sudah pasti memberi makna yang besar kepada pemandu lori tersebut.

Pertolongan yang dihulurkan oleh orang ramai juga menunjukkan rakyat Malaysia adalah golongan yang baik hati, harmoni dan masih bersatu walau apa jua keadaan.

Ramai juga pengguna media sosial yang terharu melihat kebaikan rakyat Malaysia yang prihatin itu.

Rakyat Malaysia ini sebenarnya ramai yang baik hati. Bila dilanda kesusahan, mesti akan ada ramai yang menghulurkan bantuan.

Walaupun berbilang bangsa dan agama, itu tidak pernah menjadi penghalang untuk kita saling bantu-membantu antara satu sama lain.

Bangga jadi rakyat Malaysia!

BACA JUGA: [Video] Pemandu Myvi Tunda Trak Lori Raih Perhatian Orang Ramai


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd