Now Reading
[Foto] Anggota Polis Trafik Kemalangan Dibantu Orang Awam Di Johor Buat Ramai Kagum

[Foto] Anggota Polis Trafik Kemalangan Dibantu Orang Awam Di Johor Buat Ramai Kagum

Menurut kenyataan PDRM, Kpl Ahmad bin Mat Said yang bertugas di BSPT Johor Bahru Selatan telah terlibat kemalangan ketika menjalankan tugas semasa menunggang motosikal Honda CBX berdekatan Tambak Johor.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kehidupan di Malaysia ini telah membuktikan bahawa semangat Keluarga Malaysia di antara rakyat adalah amat kuat.

Sebagai contoh, jika ada kemalangan yang melibatkan rider penghantar makanan, pengguna jalan raya lain pasti akan berhenti dan menghulurkan bantuan. Tak pernah lagi mangsa kemalangan dibiarkan begitu sahaja.

Malah, pernah juga ada kes di mana seorang warga emas dilaporkan sesat dan terlupa rumah di mana akibat sudah tua, walau bagaimanapun perkara itu tidak menghalang seorang rider untuk membantunya sehingga warga emas itu selamat pulang ke rumah.

BACA SINI: [Video] Rider Nak Bantu Nenek Balik Rumah, Tapi ‘Aunty’ Lupa Alamat Pula. Alamak!

Pendek kata, sikap saling membantu di antara satu sama lain begitu padu.

Anggota Polis Trafik Kemalangan Dibantu Orang Awam

Semalam (28 September), satu kejadian kemalangan telah melibatkan seorang anggota polis trafik yang bertugas berdekatan dengan Tambak Johor.

Satu hantaran yang dimuat naik oleh Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM menerusi Facebook menjelaskan Kpl Ahmad bin Mat Said yang bertugas di BSPT Johor Bahru Selatan telah terlibat kemalangan ketika menjalankan tugas semasa menunggang motosikal Honda CBX berdekatan Tambak Johor.

“Terharu apabila pengguna kenderaan yang berada berhampiran dengan semangat Keluarga Malaysia, Kpl Ahmad telah dibantu oleh mereka ini termasuk wanita seperti di dalam gambar ini.

“Syukur Allhamdulillah, kerana keadaan Kpl Ahmad berada dalam keadaan baik dan hanya mengalami luka di bahagian lutut kaki.

“Kepada mereka yang turut membantu semasa kejadian berlaku, terima kasih kami ucapkan. Jasa baik dan budi kalian, tidak mampu kami balas dengan kata-kata,” tulis hantaran tersebut.

Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police) menerusi satu hantaran bertajuk ‘Pic Of The Day’ juga berterima kasih kepada masyarakat yang prihatin, sanggup membantu anggota polis berkenaan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada masyarakat yang prihatin, kerana membantu Koperal Ahmad Mat Said dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan yang terlibat dalam kemalangan ketika bertugas berdekatan Tambak Johor. Sikap saling membantu yang ditunjukkan membuktikan semangat Keluarga Malaysia kuat di dalam diri sepertimana peribahasa bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Hanya Tuhan yang mampu membalas jasa baik dan budi kalian.

Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police) menerusi Facebook.

Hantaran tersebut itu juga diakhiri dengan hashtag #PolisDanMasyaratBerpisahTiada.


Ramai Puji Masyarakat Malaysia Sanggup Bantu Anggota Polis

Menerusi ruangan komen hantaran berkenaan, kami mendapati pelbagai komen positif diberikan susulan kejadian itu.

Ada juga yang menyatakan bahawa masyarakat Malaysia tidak membantu hanya kerana individu terlibat adalah polis sebaliknya semua akan menghulurkan bantuan tanpa mengira latar belakang, pangkat, dan sebagainya.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Terima kasih, rakyat Malaysia yang bertanggungjawab!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd