Now Reading
Banjir Di Kedah: Limpahan Air Sungai Kupang Akibat Hujan Lebat Tanpa Henti Jadi Punca Utama

Banjir Di Kedah: Limpahan Air Sungai Kupang Akibat Hujan Lebat Tanpa Henti Jadi Punca Utama

Banjir kilat di Baling, Kedah yang berlaku susulan hujan berterusan serta limpahan Sungai Kupang telah menjejaskan Kampung Iboi dan Kampung Tanjung Luas.

banjir kilat di Baling, Kedah

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Terdahulu pada 16 Mei lalu, hampir 300 buah rumah di Kuala Kedah, Kedah terjejas akibat banjir kilat yang berlaku susulan air pasang laut serta hujan berterusan.

Baru-baru ini, Kedah dilaporkan banjir kilat sekali lagi semalam (4 Julai) di daerah Baling akibat hujan lebat berterusan lebih tiga jam sehingga mengakibatkan limpahan air Sungai Kupang.

Antara kawasan yang terjejas adalah seperti Kampung Iboi dan Kampung Tanjung Luas di Mukim Kupang.

Sehingga jam dua pagi hari ini (5 Julai), sebanyak 20 buah rumah yang mengalami kerosakan dan 334 mangsa banjir dari sembilan kampung di daerah Baling dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Sumber: Twitter/Bencana 2022

Penduduk sekitar kongsi keadaan banjir di Baling, Kedah menerusi media sosial

Keadaan banjir kilat yang melanda Baling, Kedah juga banyak dikongsikan oleh orang ramai di media sosial.

Tiga mangsa dilaporkan hilang daripada bencana banjir di Baling, Kedah

Sehingga pagi ini (5 Julai), Ketua Polis Daerah Baling Supritenden Shamsudin Mamat memaklumkan seramai tiga orang individu dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir melanda Kampung Iboi.

Ketiga-tiga mangsa adalah:

  • Salmah Mat Akib (53 tahun)
  • Mohd Khairul Ikhwan (14 tahun)
  • Nurul Hanis Abu Hassan (23 tahun)

Menurut laporan Astro Awani, operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga orang mangsa sedang giat dijalankan dengan bantuan beberapa agensi tambahan.


Sama-sama kita mendoakan agar mangsa banjir di Baling, Kedah dipermudahkan urusan dan semoga mereka tabah menghadapi dugaan ini.

BACA JUGA: Pertama Kali Hadapi Banjir? Ini Tips Yang Anda Perlu Tahu


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd