Now Reading
Pertama Kali Hadapi Banjir? Ini Tips Yang Anda Perlu Tahu

Pertama Kali Hadapi Banjir? Ini Tips Yang Anda Perlu Tahu

Selamatkan dokumen penting dan nyawa terlebih dahulu, harta boleh diganti.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, keadaan hujan berterusan di sekitar Lembah Klang dan pantai timur Semenanjung memperlihatkan beberapa kawasan telah terjejas kerana banjir musim tengkujuh kali ini.

Menjengah di media sosial, sejumlah besar pengguna jalan raya turut terkandas di dalam kereta dan beberapa lokasi lain berikutan laluan ke rumah mereka telah ditenggelami air.

Malah, ada yang terkandas di dalam kereta sehingga lebih daripada 8 jam!

BACA JUGA: Ini Langkah Keselamatan & Panduan Penjagaan Kenderaan Ketika Musim Banjir

Boleh dikatakan ada sesetengah warga Selangor yang pertama kali menghadapi bencana banjir.

Untuk anda yang pertama kali lalui pengalaman ini, berikut adalah beberapa tips berguna daripada pengguna Twitter @thekittycoach kepada individu yang belum pernah dilanda banjir di kawasan rumah.

1. Simpan bateri telefon

Bila terperangkap di mana-mana tempat, pertama sekali kena bertenang dan jangan panik.

Selain itu, kurangkan guna telefon untuk jimatkan bateri. Kalau nak update dekat keluarga, hanya Whatsapp dan hantar gambar. Tak perlu buat video call.

Kredit: Twitter @thekittycoach

Selagi kereta boleh hidup, caj telefon dalam kereta terlebih dahulu dan cuba lindungi alat komunikasi ini daripada terkena air.

Kredit: Twitter @thekittycoach

2. Minta tolong hubungi talian bantuan

Disebabkan mangsa yang terperangkap perlu jimatkan penggunaan bateri telefon, jadi individu yang tidak terjejas dengan situasi banjir ini boleh tolong hubungi talian bantuan seperti Anggota Pertahanan Awam (JPAM), bomba dan pihak polis berdekatan.

Ketika kejadian, talian bantuan pastinya akan sibuk.

Tak apa, jangan putus asa. Teruskan hubungi mereka dan terangkan situasi sebenar apabila talian sudah dapat dihubungi.

Kredit: Twitter @thekittycoach

3. Jangan redah air banjir

Walau apa pun terjadi, jangan redah banjir kerana arus air juga kuat untuk membuatkan kereta anda hanyut dibawa arus.

Sebaiknya, letakkan kenderaan jauh dari kawasan air naik dan duduk dahulu di tempat yang selamat sementara menunggu bantuan atau air surut.

Kredit: Twitter @thekittycoach

4. Elakkan keluar rumah untuk kurangkan kesesakan lalu lintas

Untuk anda yang tidak terjejas dengan banjir, dinasihatkan untuk tidak keluar buat masa ini.

Ini untuk mengelakkan risiko terperangkap di mana-mana kawasan serta ingin memberi laluan kepada pihak yang dalam proses memberi bantuan kepada mangsa banjir.

Kredit: Twitter @thekittycoach

5. Senaraikan talian bantuan

Retweet sahaja tidak mencukupi. Lagi berkesan kalau anda copy dan paste senarai talian kecemasan bantuan banjir di sekitar kawasan setempat. Kemudian, sebarkan kepada orang ramai.

Berikut adalah senarai talian yang boleh dihubungi di sekitar Selangor.

Kredit: Twitter Pejabat SUK Selangor

6. Letakkan dokumen penting di tempat tinggi

Jika air naik sehingga ke paras lutut, elakkan anak-anak daripada bermain dengan air banjir yang boleh menyebabkan risiko penyakit serta wujud binatang liar.

Selain itu, dokumen penting juga perlu diletakkan di tempat tinggi. Antara dokumen yang perlu diselamatkan terlebih dahulu adalah seperti berikut:

  • Surat beranak.
  • Surat nikah.
  • Perjanjian harta.
  • Geran kereta.

Yang penting nyawa dan dokumen selamat. Harta boleh diganti.

Kredit: Twitter @thekittycoach

7. Jaga kebersihan dan keselamatan barang peribadi

Bila tiba di pusat pemindahan, jaga kebersihan setempat terutamanya tandas. Ramai yang nak guna tandas nanti.

Selain itu, jaga barangan peribadi sebab kita pun tak kenal orang lain di kawasan tersebut. Risau kalau ada yang berniat tidak baik dengan kita.

Kredit: Twitter @thekittycoach

8. Beri bantuan kewangan kepada institusi yang sah

Bila dilanda musibah seperti ini, pasti ramai yang ingin menghulurkan bantuan.

Tapi anda kena berhati-hati kerana ada juga sesetengah pihak yang sanggup menipu dan mengambil kesempatan. Jadi, pastikan anda salurkan bantuan kewangan kepada institusi yang sah.

Kredit: Twitter @thekittycoach

Selain itu, ada juga warganet beri nasihat menasihatkan supaya menutup suis utama rumah dengan segera dan pastikan berada di ruang yang mempunyai tingkap supaya tidak terperangkap sekiranya pintu ditutup oleh arus air.

Kredit: Twitter @thekittycoach

Pengalaman mematangkan kita. Mungkin untuk mereka yang pertama kali menghadapi banjir agak tertanya-tanya tentang persediaan yang perlu dilakukan.

Lepas anda baca artikel ini mesti sekarang sudah tahu kan?

Kami doakan semoga banjir di kawasan terjejas semakin baik. Amin.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd