Ustazah Dikecam Gara-gara Dakwa Anak Autisme Ada Kaitan Dengan Gangguan Jin
Ustazah itu mendakwa anak yang menghidap penyakit autisme mempunyai kaitan dengan gangguan jin.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Membesarkan anak yang menghidap penyakit autisme adalah sangat mencabar dan memerlukan kesabaran serta kekuatan mental buat ibu bapa.
Penyakit autisme adalah berkaitan perkembangan otak dan mempengaruhi keupayaan seseorang untuk belajar, berkomunikasi serta berinteraksi secara sosial dalam kehidupan seharian.
Hari Kesedaran Autisme Sedunia turut disambut oleh orang ramai pada 2 April setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang penyakit ini.
Walaupun pelbagai inisiatif dilakukan bagi mendidik masyarakat tentang austime, namun masih ada segelintir pihak yang memandang rendah penghidap penyakit ini.
BACA JUGA: Bapa Terkilan Anak Autisme Dikasari Pengetua Di Pusat Jagaan
Austisme ada kaitan dengan gangguan jin?
Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang pengguna Facebook yang memegang status ustazah mendakwa bahawa anak yang menghidap penyakit autisme ini mempunyai kaitan dengan gangguan jin.
Wanita yang dikenali sebagai Ustazah Nazirah Abdul Rahim mendakwa bahawa jin telah datang mengganggu anak dan membawa penyakit austime ini.
Walau bagaimanapun, posting yang dimuat naik di Facebook itu telah dipadam oleh wanita tersebut.
Warganet kurang senang dengan dakwaan tersebut
Dakwaan yang dibuat oleh ustazah berkenaan telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan warganet termasuklah ibu bapa yang memiliki anak menghidap penyakit autisme.
Ramai beranggapan seseorang yang digelar ustazah tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seperti itu kepada khalayak ramai.
Perkara ini juga mendapat perhatian Public Health Malaysia selepas mereka dilihat turut bersolidariti dengan ibu bapa yang terkesan dengan dakwaaan tersebut.
Tak ada sesiapa pun dalam dunia ini yang mahu diri mereka mendapat sebarang penyakit. Kalau boleh kita semua diberikan kesihatan yang baik sepanjang hayat, betul tak?
Semoga ibu bapa dan penghidap penyakit autisme ini terus bersabar dan kuat untuk menghadapi dugaan tersebut. Stay strong okay?
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.