Now Reading
Pantai Floria Di Putrajaya Bakal Jadi Tarikan Baharu Untuk Orang Ramai

Pantai Floria Di Putrajaya Bakal Jadi Tarikan Baharu Untuk Orang Ramai

Pantai ini diberi nama Pantai Floria kerana terletak di Tapak Floria, Presint 4, Putrajaya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Putrajaya bukan hanya menjadi lokasi kebanyakan pejabat kerajaan, malah mempunyai pelbagai tempat menarik yang menjadi tarikan orang ramai.

Contohnya seperti Taman Saujana Hijau dan Taman Botani. Pelbagai aktiviti yang anda boleh buat di sini bersama keluarga atau rakan-rakan seperti beriadah dan berpiknik.

BACA JUGA: 15 Gorgeous Parks In Putrajaya And Cyberjaya You Should Visit For Exercise Or Just OOTDs

Antara lokasi yang bakal menjadi tarikan orang ramai adalah Pantai Floria yang baru sahaja dibuka buat orang awam bermula semalam (1 Mac 2022).

Pantai Floria

Sumber: Instagram KL Foodie

Pantai ini diberi nama Pantai Floria kerana terletak di Tapak Floria, Presint 4, Putrajaya.

Projek pantai buatan berkeluasan 100 meter ini adalah sebahagian daripada usaha pihak Perbadanan Putrajaya (PPj) bagi membaik pulih kawasan Floria.

Senang sikit dah tak perlu pergi pantai di tempat jauh. Dekat Putrajaya pun ada! Bolehlah OOTD dekat sini ala-ala berada di pantai sebenar.

Sumber: Instagram KL Foodie

Sebelum ini asyik piknik di taman, apa kata kita cuba piknik di pantai pula? Macam syok je!

Untuk anda yang ingin datang ke sini, sama-sama kita menjaga kebersihan okay? Rugi pula kalau tempat best tapi kotor.

Alamat: Pantai Floria, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Presint 4, 62000 Putrajaya

Sumber: Instagram KL Foodie

Apa tunggu lagi? Ajaklah keluarga, kawan atau pasangan anda datang ke Pantai Floria hujung minggu ini.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd