Lelaki Ini Kongsi Kos Bajet Pindah Rumah Baru. Itupun Belum Keseluruhan!
Tak murah pindah rumah baru ni. Lagi-lagi kalau nak bermula dari zero.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Bila bercakap tentang kos pindah rumah, berpeluh-peluh tangan. Poket pula terasa ringan seolah-olah nak bocor. Mana tidaknya, kos pindah rumah sebenarnya bukan sedikit.
Lebih-lebih lagi jikalau anda ingin bermula dari 0.
Maksudnya, rumah kosong tanpa sebarang perabot dan anda perlu membeli kesemuanya baharu. Bayangkan, peti ais, mesin basuh baju, dapur memasak, kipas, tilam, penghawa dingin, sofa, dan sebagainya.
Itu belum fikir bilik tidur sendiri dan anak-anak.
Alamak aih!
Kos pindah rumah, bajet limited.
Menjengah di Twitter, kami mendapati seorang lelaki (muzakkirmnsor) telah berkongsi beberapa kos yang disenaraikan untuk pindah masuk rumah baharu.
Menurutnya, banyak benda perlu diselesaikan sebelum masuk. Oleh kerana bajet limited dia hanya membeli barangan keperluan sahaja terlebih dahulu.
Perkongsian tersebut berjaya meraih 7,231 retweets setakat artikel ini ditulis.
[ Kos pindah masuk rumah baru ]
— Muzakkir Mansor (@muzakkirmnsor) January 3, 2022
Alhamdulillah, last Oct haritu dah dapat kunci rumah. Banyak jugak bende nak kene setelkan sebelum boleh masuk, dengan budget yang limited, kitorang beli la mana yang perlu dulu. Janji boleh tidur, makan, mandi dekat rumah pic.twitter.com/QlD4IYlEar
Jelasnya, dia mengupah professional home inspector untuk cek defect di rumahnya itu. Maklumlah, jikalau ikut developer rumah – semuanya okay.
Kos untuk cek defect: RM500 – RM600.
First sekali we hired professional home inspector, maklumlah takde masa and tak berapa nak reti check defect sendiri. Kalau ikut kepala developer semua dah okay, sekali depa mari mak aih banyak gila defect. Diorang charge RM 0.40/sqft untuk landed.
— Muzakkir Mansor (@muzakkirmnsor) January 3, 2022
Cost : RM 500-600 pic.twitter.com/SvLPEqJPeM
Beli peti ais yang berkenan di hati pun dah memakan bajet yang agak tinggi.
Kos peti ais: RM3,500.
Lepastu survery electrical appliances, Fridge, dapur, washing machine and aircond. Sini kos paling banyak habis so far.
— Muzakkir Mansor (@muzakkirmnsor) January 3, 2022
Fridge we decided to amek yang side by side door punya style sebab nak space freezer yang besar sikit.
Cost : RM 3500 pic.twitter.com/0hKIif4lzA
Mesin basuh walaupun hanya topload, boleh tahan juga harganya.
Kos mesin basuh: RM2,000.
Mesin basuh amek yang top load, front load semua macam mahal sikit je plus takde color yang berkenan.
— Muzakkir Mansor (@muzakkirmnsor) January 3, 2022
Cost : RM 2000 pic.twitter.com/GVee4IsHQy
Barang yang terpaling penting dan WAJIB ada di setiap rumah adalah dapur memasak. Takkan nak order penghantaran makanan atau makan luar setiap hari kan?
Dah ada anak, kenalah masak untuk keluarga.
Kos dapur memasak: RM2,300.
Dapur masak pikir dua tiga kali gak nak beli jenis macam mana, nak beli cooker and hob, kitchen cabinet belom buat. So beli lah yang freestanding cooker terus yang dah siap ada oven.
— Muzakkir Mansor (@muzakkirmnsor) January 3, 2022
Kos : RM 2300 pic.twitter.com/OD6wf9P0vI
Penghawa dingin antara keperluan juga. Tapi kalau baru pindah masuk rumah baharu, tak perlulah beli banyak terus. Beli di kawasan atau bilik yang sering digunakan terlebih dahulu.
Contohnya, master bedroom.
Kos penghawa dingin: RM1,500.
Aircond cukup bajet la beli 1 nak letak kat master bedroom dulu, beli 1.0hp untuk bilik, harga upah pasang pon dah 300-400.
— Muzakkir Mansor (@muzakkirmnsor) January 3, 2022
Cost : RM 1500 pic.twitter.com/h9W1yoW9p4
Dah ada penghawa dingin, kipas jangan dilupakan pula. Berlubang poket nak bayar bil elektrik kalau 24 jam buka penghawa dingin.
Kos kipas: RM300 – RM450 (sebiji).
Lepastu pi borong kipas, baru tahu kipas pon ada macam spec. 56’ and 60” size selalu untuk ruang tamu, 42” and 48” untuk size bilik. Ada DC/AC motor, DC save more energy. Kalau boleh pilih yang ada 5 star rating, long term jimat letrik
— Muzakkir Mansor (@muzakkirmnsor) January 4, 2022
Cost : RM 300-450 sebijik pic.twitter.com/PT9djSTcW0
Lampu yang sesuai pun kena difikirkan juga. Cek watt yang sesuai dan pastikan ada waranti.
Kos lampu: RM20.
Next, Lampu. Sebab kitorang tak buat plaster ceiling we opt for lampu jenis downlight surface. Boleh lekat terus kat ceiling concrete. Lampu pon kene check watt yang sesuai, ada banyak gila brand kalau nak yang ada warranty macam PHILLIPS harga dia selalu double
— Muzakkir Mansor (@muzakkirmnsor) January 4, 2022
Cost : RM 20 pic.twitter.com/fllj8TYR2Y
Seterusnya, water heater.
Kalau anda jenis suka mandi di waktu Subuh, terkena air sejuk boleh tahan pening jugalah kepala. Sebab itulah water heater ini boleh dikatakan satu keperluan di setiap rumah.
Kos water heater: RM500.
Satu lagi, water heater. Yang ni keperluan sebab ada dua budak kecik, diorang takleh mandi air sejuk nak air suam suam je haha. Water heater ada jenis pump/non pump and motor jenis AC/DC.
— Muzakkir Mansor (@muzakkirmnsor) January 4, 2022
Cost : RM 550 pic.twitter.com/RZ8UfF1RxJ
Selesai barangan elektrik, pergi pula ke bahagian tilam. Paling penting.
Kalau tak, nak tidur atas apa pula kan. Rangka katil jangan risau dulu, beli tilam dan sekurang-kurangnya masih boleh tidur dengan selesa.
Kos tilam: RM600 (King).
Habis segala essential electrical appliances, next survey tilam pulak. Baru tahu tilam pon ada banyak gila jenis. Tilam ni harga pon vary from beratus ke ribu pon ada. Tak suka jenis katil spring so amek yang hybrid la for now.
— Muzakkir Mansor (@muzakkirmnsor) January 4, 2022
Cost : RM 600 ( King size) pic.twitter.com/pbacDcEvch
lagi dua tilam pakai tilam bujang dulu, bajet dah lari ni. Ni shopping online boleh dapat murah sikit, tapi haritu pi amek dekat kedai dapat la RM 70 satu pic.twitter.com/WCy5igAu7i
— Muzakkir Mansor (@muzakkirmnsor) January 4, 2022
Akhir sekali, tak lengkaplah rumah tanpa langsir. Nanti habis kesemua aktiviti di dalam rumah dapat dilihat oleh jiran tetangga.
Kos langsir: RM200.
Langsir rumah, ha ni satu hal lagi. Survey few kedai kejap sebab nak cari yang dah ready made and ready stock. Last last jumpa dekat Homes Harmony ada jual curtain yang okay. Beli yang Eyelet and sekali dengan curtain rod. Untuk tingkap dapur beli Roller Blinds
— Muzakkir Mansor (@muzakkirmnsor) January 4, 2022
cost : RM 200 pic.twitter.com/hbBM1HxErY
Next, Penyapu, penyodok, mop lantai, berus tandas, sabun basuh lantai, dan segala peralatan mengemas rumah. Ini beli kat DIY or kedai runcit depan rumah pon boleh
— Muzakkir Mansor (@muzakkirmnsor) January 4, 2022
Cost : RM 100
Rasa macam dah lengkap, tapi sebenarnya belum. Beli yang penting sahaja dahulu, belum termasuk sofa, meja makan, katil, TV kabiet dan sebagainya.
Setakat ini, total yang dah dihabiskan adalah lebih kurang RM14,000 ++.
Total cost so far : RM 14,000+-
— Muzakkir Mansor (@muzakkirmnsor) January 4, 2022
Ini belum lagi beli segala furniture, kitchen cabinet, sofa, meja makan, katil, tv cabinet, kerusi dll. Semoga tahun ni diperluaskan lagi rezeki untuk kami sekeluarga, Amin.
Kita sambung lagi thread bila ada bende baru masuk.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.
Cops Investigating Twitter User Who Made Hurtful Comment About Lumut Heli Crash