Now Reading
Buka Pagar Lepas Hulur Makanan Celah Pagar, Netizen Garu Kepala Tengok Filem Frontliner

Buka Pagar Lepas Hulur Makanan Celah Pagar, Netizen Garu Kepala Tengok Filem Frontliner

Walaupun banyak pujian diberi kepada filem tersebut, namun kritikan turut dilemparkan oleh masyarakat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sebuah filem buatan Malaysia kini menjadi sebutan ramai apabila ianya baru sahaja ditayangkan di Netflix baru-baru ini.

Filem ini mengisahkan pengorbanan petugas barisan hadapan dalam mempertahankan keselamatan negara akibat ancaman wabak Covid-19.

Siapa yang dah tengok tu memang confirm meleleh air mata sebab tak boleh bayangkan macam mana kalau kita berada di situasi mereka.

Meskipun banyak pujian diberikan kepada filem tersebut, namun kritikan turut dilemparkan oleh masyarakat.

Antara respon daripada penonton adalah adegan yang dikatakan kurang masuk akal serta menjejaskan sudut teknikal filem berkenaan.

Sedutan babak yang mengelirukan itu turut dikongsi oleh seorang pengguna Tiktok darry iskandar dan mendapat lebih 320 ribu tontonan setakat ini.

https://www.tiktok.com/@darryiskandar/video/7014030014534520091?_d=secCgYIASAHKAESPgo8B%2BUfQVrxCLRtKGStUaPa5U2jiRB3v5P7BWBO9oqJ45XOS87A0fg%2F91mwL4FYq5Hwb68QkDmdayXnJ%2FhhGgA%3D&language=en&mid=7014029998185024283&preview_pb=0&region=MY&share_app_name=tiktok&share_item_id=7014030014534520091&source=h5_t&timestamp=1633332300&u_code=dbg7j3706lab9c&user_id=6809102996343342081&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=copy&_r=1&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Penonton memberi pendapat bahawa adegan berkenaan seharusnya diteliti semula terutamanya babak di mana si isteri menghulurkan makanan melalui celah jeriji pintu sedangkan pagar pintu tersebut dibuka seluasnya selepas itu.

Di ruangan komen video tersebut, ramai netien bersetuju bahawa adegan tersebut serta beberapa babak lain dalam filem Frontliner agak mengelirukan.

Kredit: Darry Iskandar
Kredit: Tiktok Darry Iskandar
Kredit: Tiktok Darry Iskandar

Walaupun ada beberapa kekurangan, kita kena terus sokong filem Malaysia okey!


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd