KWSP Buka Semula Kaunter Perkhidmatan Di Pejabat Cawangan
Kemudahan pengeluaran i-Citra akan tersedia bermula 15 Julai 2021.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)Â mengumumkan pihak mereka akan membuka semula kaunter perkhidmatan di pejabat cawangan di seluruh negara mulai esok (1 Julai).
Waktu operasi kaunter perkhidmatan adalah bermula jam 8.30 pagi hingga 2.00 petang pada hari bekerja untuk beberapa perkhidmatan terpilih.
Pembukaan semula kaunter perkhidmatan di pejabat cawangan KWSP bagi perkhidmatan terpilih adalah bagi memenuhi keperluan ahli yang memerlukan perkhidmatan KWSP disamping mengimbangi aspek kesihatan dan keselamatan anggota serta ahli yang hadir berurusan.
Antara perkhidmatan terpilih yang disediakan adalah:
- Pengeluaran Umur 50, 55 dan 60
- Pengeluaran Kesihatan
- Pengeluaran Kematian
- Penyerahan Arahan Bayaran (PO) dan cek jurubank pengeluaran
Anda hendaklah membuat temu janji online terlebih dahulu di www.kwsp.gov.my/janjitemu sebelum mendapatkan perkhidmatan di kaunter perkhidmatan KWSP.
Anda juga disarankan untuk berurusan secara dalam talian melalui i-Akaun (Ahli) dan i-Akaun (Majikan) bagi perkhidmatan-perkhidmatan KWSP yang telah disediakan secara dalam talian bagi mempercepatkan dan memudahkan urusan dengan KWSP.
Info tentang i-Citra
Sementara itu, Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yasin, pada 28 Jun telah mengumumkan tentang kemudahan pengeluaran KWSP i-Citra yang sama dengan i-Lestari dan i-Sinar sebelum ini.
i-Citra dibuka untuk semua ahli KWSP termasuk bukan warganegara dan penduduk tetap dengan simpanan minimum KWSP sekurang-kurangnya RM150 pada tarikh permohonan.
Ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran KWSP di portal online i-Citra di icitra.kwsp.gov.my mulai 15 Julai sehingga 30 September 2021.
Pembayaran pertama dijangka dikreditkan ke dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021.
Ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar pembayaran tetap sehingga RM1,000 (minimum RM50) sebulan untuk jangka masa lima bulan, bergantung pada jumlah simpanan ahli KWSP.
Jumlah kelayakan pengeluaran berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak pembayaran i-Sinar berikutnya (jika ada).
Perlu ada sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1 selepas pengeluaran untuk mengekalkan keahlian KWSP.
Ahli boleh memeriksa baki KWSP melalui iAkaun, aplikasi iAkaun, atau di kios KWSP.
Nota kecil
Mereka yang telah memohon i-Lestari dan i-Sinar masih boleh memohon i-Citra sekiranya mereka masih berkelayakan.
Anggota perkhidmatan awam juga boleh membuat permohonan untuk i-Citra. Namun, mereka mungkin menghadapi risiko menggunakan saham kerajaan yang perlu dikembalikan kepada kerajaan pada masa akan datang.
Akaun Simpanan Emas tidak boleh digunakan untuk i-Citra.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, and Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.