Now Reading
Foto Lama Penerjun Negara, Nur Dhabitah Sabri ‘Dipijak’ Ketika Berlatih Kini Kembali Tular. Salute!

Foto Lama Penerjun Negara, Nur Dhabitah Sabri ‘Dipijak’ Ketika Berlatih Kini Kembali Tular. Salute!

Nur Dhabitah Sabri berjaya melayakkan diri ke saingan akhir dalam acara terjun 3 meter papan anjal individu wanita dalam temasya sukan Olimpik Tokyo 2020.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Semalam (1 Ogos), penerjun muda negara, Nur Dhabitah Sabri hampir menghadiahkan kalungan pingat buat Malaysia apabila menduduki tempat keempat dalam pusingan akhir acara 3 meter (m) papan anjal individu wanita.

Aksi yang berlangsung di Pusat Akuatik Tokyo itu menyaksikan penerjun muda berusia 22 tahun ini berjaya mengumpul 326.15 mata untuk berada pada kedudukan keempat daripada 12 atlet bertanding.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Harian Metro, Dhabitah yang melakukan lima terjunan berjaya mengekalkan rentak secara konsisten dengan kurang melakukan kesilapan untuk membolehkannya berada di kedudukan ke empat.

Penerjun Muda Negara, Nur Dhabitah Sabri dalam pusingan akhir acara 3 m papan anjal individu.
(Kredit: Malay Mail)

Dhabitah juga menjelaskan bahawa dia menangis bukan kerana gagal membawa pulang pingat, namun lebih mengenangkan kesusahan yang dilalui apabila terpaksa berkorban demi memastikan kehadirannya di pentas Olimpik itu berbaloi.

‘Dipijak’ ketika berlatih

Pada tahun 2016, satu perkongsian di laman Facebook milik Dhabitah telah dimuat naik olehnya sendiri yang menunjukkan berlatih menjadi seorang atlet bertaraf dunia bukanlah sesuatu yang mudah.

Perkongsian tersebut diikuti dengan gambarnya yang dilihat ‘dipijak’ ketika melakukan latihan.

The struggle is real, indeed.

Ini baru betul training hardcore. Cekal sungguh Dhabitah ni.

Netizen bangga

Walaupun tiada rezeki buat penerjun negara ini untuk membawa pulang pingat selepas berada di kedudukan keempat final 3 meter papan anjal wanita, aksi konsisten Dhabitah telah dipuji oleh netizen di luar sana yang rata-rata bangga dengan usahanya.

Apa pun, team TRP mengucapkan syabas kepada Nur Dhabitah Sabri atas usaha yang diberikan buat Malaysia dalam temasya sukan Olimpik Tokyo 2020!


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd