Now Reading
Malaysia Makan 1.64 Bilion Pek Mi Segera Pada Tahun 2023, Perisa Kari Paling Popular

Malaysia Makan 1.64 Bilion Pek Mi Segera Pada Tahun 2023, Perisa Kari Paling Popular

Menurut laporan World Instant Noodle Association (WINA), perisa mi segera paling digemari rakyat Malaysia adalah kari dan tomyam.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Di Malaysia, rata-rata penduduk dibesarkan dengan hidangan mi segera. Antara perisa mi segera yang sering dicari adalah kari atau asam laksa.

Sesetengah daripada masyarakat siap buat stok di rumah. Buat segelintir individu pula, mi segera ini dianggap sebagai ‘comfort food’ mereka.

Bukan sahaja dalam kalangan anak muda tetapi golongan dewasa juga tidak terkecuali. Lebih-lebih lagi apabila makan mi segera dan kuah panas ketika waktu hujan, memang layan.


Rakyat Malaysia Makan 1.64 Bilion Hidangan Mi Segera Pada 2023

Cinta penduduk tempatan terhadap mi segera telah terbukti melalui perbandingan pengambilannya dengan negara luar yang lain.

Menurut laporan World Instant Noodle Association (WINA), Malaysia berada di tempat ke-13 di seluruh dunia dengan pengambilan sebanyak 1.64 bilion pek mi segera setakat tahun lalu.

Ia telah menunjukkan peningkatan yang ketara dari tahun 2022 iaitu sebanyak 1.55 juta mi segera yang diambil oleh rakyat Malaysia.

Gambar sekadar hiasan. Sumber: Freepik

Rakyat Malaysia Suka Mi Segera Perisa Kari & Tomyam

Setiap penduduk negara disenaraikan dalam carta WINA mempunyai cita rasa mereka yang tersendiri dan perisa kegemaran mi segera. Sebagai contoh, negara jiran iaitu Indonesia lebih menyukai mi segera goreng yang tidak berkuah.

Di Malaysia pula, rakyat lebih menggemari mi segera yang mempunyai kuah pekat beraroma dengan rempah ratus seperti perisa kari dan juga tomyam.

Selain itu, warga Malaysia juga menggemari mi segera goreng yang dimasak bersama kicap manis dan pes cili. Selalunya, anda boleh lihat pelanggan memesan hidangan itu apabila mereka mengunjungi mamak.

Sumber: Che Nom

Oleh disebabkan Malaysia terdiri daripada penganut Islam, Hindu dan Buddha, kuah mi segera berasaskan daging babi serta lembu adalah tidak popular dan sukar didapati di pasaran.

Sebaliknya, kuah mi segera berasaskan makanan laut dan sayur-sayuran lebih menjadi pilihan utama masyarakat setempat.


Mi Segera Lebih Popular Di Serantau Asia

Melalui laporan sama, kami mendapati bahawa mi segera lebih popular di kalangan negara Asia. Di tangga pertama adalah China serta Hong Kong iaitu pengambilan hidangan mi segera sebanyak 42.2 bilion.

Indonesia pula di tangga ke-2 iaitu sebanyak 14.54 bilion pek mi segera. Vietnam pula berada di ranking ke-4 dengan 8.13 bilion. Kebanyakan mi segera di negara tersebut berperisa udang dengan campuran kuah yang sedikit masam.

Seterusnya adalah Jepun di tangga ke-5 (5.84 bilion), Korea Selatan ke-8 (4.04 bilion) dan Thailand ke-9 (3.95 bilion).

Gambar sekadar hiasan. Sumber: Pexels

Mi Segera Mudah Disediakan

Memang tidak dapat dinafikan mi segera sememangnya sedap dan mudah untuk disediakan. Hidangan boleh dimasak kurang dari 5 minit tersebut amat sesuai dengan individu bekerjaya yang selalu sibuk sepanjang hari.

Malah, di kedai serbaneka atau kedai runcit juga ada menjual mi segera dalam bentuk cawan yang senang dibawa ke mana-mana.

Pun begitu, anda dinasihatkan untuk mengawal pengambilan mi segera dalam rutin harian kerana ia mampu memberi kesan kepada kesihatan dalam jangka masa panjang nanti.

Baca Artikel Berkaitan: Macam Mana Cara Masak Mee Segera Dengan Betul?

Baca Artikel Berkaitan: [Foto] Ibu Kecewa, Ada Penjaja Jual Mi Segera Kepada Murid Di Luar Sekolah


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd