Now Reading
TERKINI: [Video] SkyAvenue Genting Highlands Terbakar

TERKINI: [Video] SkyAvenue Genting Highlands Terbakar

Penolong Pengarah Operasi Bomba Negeri Pahang, Ismail Abdul Ghani dalam satu kenyataan berkata, api telah berjaya dipadam sepenuhnya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Satu kebakaran dilaporkan berlaku di Taman Tema Skyworlds, Genting Highlands pada petang Jumaat (14 Jun).

Menerusi video yang tular di media sosial, insiden dipercayai berlaku di sebuah pusat beli di taman peranginan itu.

Menurut Awani, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Genting Highlands berkata, kejadian berlaku sekitar jam 4.55 petang melibatkan sebuah bangunan empat tingkat.

“Jentera JBPM dari Genting Highland dan dibantu pasukan penyelamat dari Bentong dan Janda Baik sudah digerakkan ke lokasi insiden,” kata jurucakap berkenaan.

Kebakaran di Genting Sky Avenue

Dalam pada itu jurucakap Genting Malaysia mengesahkan insiden berlaku di pusat beli-belah Genting Sky Avenue pada jam 4.30 petang.

Jelasnya, semua kawasan di Resorts World Genting tidak terjejas dengan kebakaran tersebut.

[Kemaskini] Api sudah berjaya dipadamkan

Penolong Pengarah Operasi Bomba Negeri Pahang, Ismail Abdul Ghani dalam satu kenyataan berkata, api telah berjaya dipadam sepenuhnya.

Setakat ini, tiada mangsa yang dilaporkan.

Terdahulu Kosmo, melaporkan seorang pekerja di sana, Nur Najihah Abdul Halim, 26, berkata orang ramai termasuk pengunjung telah diarahkan untuk keluar bagi memastikan keadaan terkawal.

“Kira-kira lebih 5,000 pelancong terpaksa keluar dan menunggu arahan seterusnya. Kami para pekerja pun perlu menutup semua kedai.

“Perkhidmatan kereta kabel pun terpaksa dihentikan buat sementara. Buat masa ini kami diarahkan untuk berada jauh dari bangunan dan masih menunggu arahan selanjutnya,” katanya dipetik Kosmo.

Namun setakat ini punca insiden masih belum diketahui.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd