Now Reading
[Video] Tindakan Pemilik Lamborghini Penuhi Hasrat Kanak-kanak Nak Ronda Naik Kereta Bikin Ramai Terharu

[Video] Tindakan Pemilik Lamborghini Penuhi Hasrat Kanak-kanak Nak Ronda Naik Kereta Bikin Ramai Terharu

Lelaki yang dikenali sebagai Rafio Affendy telah membawa beberapa orang kanak-kanak menaiki kereta Lamborghini miliknya bagi memenuhi hajat mereka.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, setiap manusia dilimpahkan rezeki dari Allah SWT dalam pelbagai bentuk cara.

Mungkin ramai di antara kita yang berpeluang merasai kenikmatan dunia yang mewah sebagai contoh menghuni di rumah besar, memiliki kereta mewah dan sebagainya.

Namun bagi sesetengah individu pula, mereka hanya mampu memasang impian untuk memiliki kemewahan tersebut pada masa akan datang.


Harap Dapat Jumpa Pemilik Lamborghini Untuk Tunaikan Impian Anak

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@mikaelhidayat), apabila seorang lelaki dikenali sebagai Rafio Affendy berjumpa dengan beberapa orang kanak-kanak yang merupakan adik-beradik yang berhasrat untuk menaiki kereta Lamborghini miliknya.

Pada awalnya lelaki dikenali sebagai Mikael berkata dia terlihat satu posting di laman grup Facebook Orang Wangsa Maju apabila seorang individu berkongsi kisah anak-anaknya yang teruja melihat kereta berwarna kuning itu sekitar kawasan Taman Melati, Kuala Lumpur.

Jelas penjaga tersebut, anaknya berasa sangat teruja melihat Lamborghini selain gigih mengambil gambar kenderaan itu walaupun dalam cuaca hujan lebat.

Mendengar hasrat si anak yang mahu menaiki kereta berkenaan, penjaga berharap dapat bersemuka dengan pemilik kereta berkenaan dan sekurang-kurangnya bergambar bersama.


Rafio Hubungi Penjaga Untuk Berjumpa

Menyedari posting yang semakin tular, Mikael kemudian bertanya kepada rakannya sama ada kereta tersebut miliknya. Seperti yang disangka, Lamborghini itu sememangnya milik Rafio.

Demi memenuhi hajat si kecil, Rafio telah menghubungi penjaga kanak-kanak berkenaan sebelum berjumpanya beberapa hari lalu.

Pada hari kejadian, si ibu telah hadir bersama seorang anak perempuan dan dua orang anak lelakinya. Kereta Lamborghini bukan sahaja diminati oleh adik lelaki malah abangnya juga sama-sama teruja.


Si Abang Yang Minat Lamborghini Hidap Leukemia

Berbual dengan lebih mendalam, pemilik kereta dimaklumkan bahawa si abang didiagnos penyakit Leukemia dan sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Masa ni, aku nampak riak muka member aku (Rafio) berubah sikit, mungkin terkesan sambil kerap kali dia mengusap rambut si abang.

Mikael.

Bagi menggembirakan hati adik-beradik tersebut, Rafio telah membawa mereka makan dan ronda sekitar kawasan itu sambil menaiki keretanya. Mereka juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar sekali dengan kenderaan tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: “Wah! Pintu Buka Sendiri” – Lelaki Pelawa Murid Sekolah Naik Alphard Dipuji Netizen

Usaha kecil Rafio telah membuahkan hasil apabila dia berjaya membuatkan kanak-kanak berkenaan teruja dan tersenyum.

Melihat situasi tersebut, Mikael berpendapat bahawa mungkin sesuatu perkara itu adalah kecil bagi kita, tetapi besar nilainya pada insan yang lain.

Mustahil macam mana pun impian seorang ibu untuk anaknya, jika Tuhan izinkan, tetaplah jadi walau tak disangka cara.

Mikael.
@mikaelhidayat Semalam ada baca satu hantaran macam tular jugalah di group Orang Wangsa Maju Aku rasa macam kenal pemilik kereta yang kakak ni maksudkan dan cubalah tag member aku tu dan ya memang dialah orangnya Diringkaskan cerita, member aku ni pun hubungi kakak ni untuk berjumpa malam semalam dengan nak tunaikanlah impian budak ni Dema datang empat beranak. Ibu, kakak, abang dan adik, ayahnya outstation Si adik ni lah yang berhajat besar nak tengok dekat2 kereta ni tapi abangnya pun sama teruja Aku kat situ cuma buat ramai je lah, sambil mendengar ibu budak ni kabo mmg si adik memang peminat kereta gini sambil si kakak yang agak pendiam senyum2 je mendengar Menariknya, si abangnya yang menghidap Leukemia dan tengah treatment di HKL pun kongsi minat yang sama. Masa ni, aku nampak riak muka member aku ada berubah sikit, terkesan kot sambil kerapkali dia mengusap rambut si abang Ibunya sambung cerita, yang dia tak tahu apa cara nak tunaikan impian anaknya tu, itu yang dia minta tolong ke admin group Lepas belanja makan, member aku ni bawalah dema dua beradik ni naik kereta ronda2, sambil membuat onar belanja bunyi. Balik dari ronda2 tu memang aku nampaklah abang adik muka happy and excited Lepas tu dema dua beradik bergambar le puas2 dgn kereta tu kat situ Jujur sebelum sampai kedai member aku tu, aku fikir ini satu lagi cerita happy ending sebab impian budak2 tercapai Tapi lepas tengok depan mata sendiri, aku terfikir beberapa benda jugalah Antaranya Mustahil macam mana pun impian seorang ibu untuk anaknya, jika Tuhan izinkan, tetaplah jadi walau tak disangka cara Sekecil perkara buat kita, sebesar-besar maknanya untuk orang lain, kadang-kadang orang yang kita tak kenal pun Last sekali, hujan takde angin pun takde, kenapa mata member ni tetiba masuk habuk? btw, member aku ni sangat low profile, dia seboleh-bolehnya nak buat benda ni senyap je tapi aku pedulik apa #fyppppppppppppppppppppppp #lamborghini #choosehappiness ♬ original sound – MiK4

Netizen Terharu Dengan Sikap Baik Hati Si Pemilik Kereta

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Rafio yang membawa anak-beranak itu berjalan menaiki kereta mewahnya.

“Tahniah orang-orang baik. Seronoknya dapat membahagiakan orang lain. Mata masuk habuk juga (sebak),” kata seorang warganet.

Malah ada yang berkata perkara tersebut boleh menjadi momen indah buat adik-beradik tersebut.

“Terima kasih bahagiakan anak kecil lebih-lebih lagi yang tidak sihat itu. Kecil pada kita tetapi sangat besar impak kepada kanak-kanak lain. Memori adik-adik itu,” ujar seorang individu.

Sumber: TikTok (@mikaelhidayat)

Baca Artikel Berkaitan: Kanak-kanak Kagum Dengan Abang Lori Sampah. Siap Ajak Bergambar!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd