Now Reading
“Ada Kesan Jarum” – Doktor Gigi Kongsi Kisah Jumpa Susuk Pada Bahagian Rahang Pesakit

“Ada Kesan Jarum” – Doktor Gigi Kongsi Kisah Jumpa Susuk Pada Bahagian Rahang Pesakit

Seorang doktor gigi dikenali sebagai Dr Joe berkata dia mendapati terdapat kesan suntikan susuk pada rahang pesakitnya sebelum ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kebiasaannya individu yang mempunyai masalah berkaitan mulut atau gigi pasti akan berjumpa dengan doktor gigi bagi mengenal pasti punca sebenar.

Selalunya, doktor akan memberikan penyelesaian terbaik kepada rasa sakit atau masalah dialami oleh individu sebagai contoh gigi berlubang, gusi berdarah, gusi bengkak dan sebagainya.

Namun lain pula dengan satu kes ini apabila doktor gigi mendapati terdapat bahan asing dalam salah seorang pesakitnya.


Gambaran Seperti Jarum Pada Bahagian Rahang Atas

Tular satu hantaran di laman TikTok (@iamdrjoe) apabila seorang doktor gigi dikenali sebagai Dr Joe berkongsi kisah dilaluinya semasa tahun pertama bekerja dalam perkhidmatan kesihatan pergigian.

Menurut Joe, seorang wanita telah datang ke klinik untuk mendapatkan konsultasi dan rawatan doktor akibat rasa tidak selesa di bahagian atas belakang giginya.

Jelas pesakit itu, dia telah melakukan pemeriksaan X-ray di sebuah pusat kesihatan lain sebelum ini.

Apabila ditunjukkan kepada Dr Joe, doktor tersebut terkejut melihat gambaran seperti jarum di kedua-dua belah rahang bahagian atas pesakit berkenaan.

Gambar sekadar hiasan. Sumber: JCDR

Pakar Dapati Pesakit Pernah Cucuk Susuk

Memandangkan ia merupakan kali pertama melihat perkara sebegitu, Dr Joe telah meminta pandangan rakan sekerja yang lebih pakar mengenainya. Kata doktor gigi yang lain, kesan jarum kelihatan menerusi imbasan X-ray berkenaan adalah susuk.

Untuk info, susuk merupakan bahan asing diperbuat daripada jarum emas, perak atau logam yang dicucuk di bawah kulit pada bahagian anggota badan tertentu.

Dalam pada itu, wanita berkenaan juga telah mengaku pernah mencucuk susuk pada rahangnya kerana wanita tersebut percaya ia boleh menambah kecantikan serta menampakkan diri lebih muda daripada usia sebenar.

Sumber: Pexels

Pesakit Dengan Cucukan Susuk Jarang Ditemui

Oleh disebabkan ia satu kes yang agak jarang ditemui, Dr Joe memaklumkan kepada pesakit tersebut bahawa dia perlu merujuk dengan pakar OMFS (Oral and Maxillofacial Surgery) untuk rawatan lanjut.

Dr Joe ketika dihubungi TRP berkata, kes sebegitu ada ‘rare’ dan pernah melihatnya sekali sahaja sepanjang tempoh dia bertugas sebagai doktor gigi.

Pun begitu, wanita berkenaan enggan menerima rawatan dari pakar OMFS seperti yang disarankan.


Adakah Susuk Boleh Beri Kesan Sampingan Kepada Kesihatan Gigi?

Dr Joe dalam masa sama menjelaskan bahawa terdapat kesan sampingan cucukan tetapi ia bergantung kepada lokasi susuk pada anggota badan.

Andai kata susuk ditanam di bahagian gusi, memang ada risiko kesan sampingan. Tetapi apa yang saya dengar, susuk ditanam di bahagian pipi atau muka.

Dr Joe.

Dalam konteks kes pesakit sebentar tadi, doktor itu berkata rasa tidak selesa dialami oleh wanita berkenaan boleh terjadi disebabkan oleh kerosakan gigi atau berkemungkinan berpunca daripada susuk ditanam pada bahagian rahang yang terlibat.

Kesimpulannya, memang benar doktor gigi boleh mengesan seseorang pesakit pernah menerima suntikan susuk atau pun tidak menerusi imbasan x-ray.


Individu Dengan Suntikan Susuk Selamat Lakukan Imbasan MRI

Memetik Radiopaedia, penggunaan susuk umumnya sering digunakan oleh penduduk di serantau Asia seperti Malaysia, Brunei, Singapura, Thailand dan Indonesia.

Dari segi aspek perubatan dan klinikal, imbasan pengimejan resonans magnetik (MRI) adalah selamat dilakukan kerana terdapat kekurangan unsur feromagnetik dalam suntikan susuk.

Sumber: Pexels

Baca Artikel Berkaitan: Doktor Gigi Perjelas Mitos Cuci Gigi Yang Ramai Salah Faham

Baca Artikel Berkaitan: Kaki Kopi & Teh Stres Gigi Kuning? Ini Cara Untuk Kurangkan Kesan Buruk Kepada Gigi Anda

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Pelajar Bidang Pergigian Beri Rawatan Kepada Kanak-Kanak Jadi Perhatian Ramai


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd