Now Reading
Pelancong China Trauma Datang Singapura Gara-gara Dihampiri Burung Merpati Di Medan Selera

Pelancong China Trauma Datang Singapura Gara-gara Dihampiri Burung Merpati Di Medan Selera

Pelancong wanita dari China itu berkata seekor burung merpati mengikuti sehingga ke bawah meja ketika di medan selera di Singapura.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kalau korang pergi ke mana-mana negara sekalipun, mesti akan ada lokasi yang sering dipenuhi dengan burung-burung pelbagai spesies.

Jika di Malaysia, korang akan selalu nampak burung merpati berwarna di kawasan terbuka, atas bumbung, tiang elektrik dan sebagainya.

Situasi yang sama juga berlaku di Singapura tetapi katanya burung di negara republik itu berbeza sedikit sehingga ditakuti oleh pelancong.


Wanita Fobia Dengan Burung Menangis Dihampiri Burung Merpati Di Singapura

Menerusi hantaran dimuat naik di laman XHS, seorang pelancong dari China telah berkongsi pengalamannya ketika bercuti di Singapura.

Walau bagaimanapun, percutiannya ke negara tersebut telah memberikan kenangan pahit selepas dirinya yang mempunyai masalah Ornithophobia telah didekati dengan beberapa burung di kawasan berhampiran.

Apa itu Ornithophobia? Sebagai info, Ornithophobia adalah perasaan takut atau fobia terhadap burung.

Dalam hantaran itu, wanita berkenaan menangis tanpa henti apabila dihampiri seekor burung merpati yang dilihat berada di bawah meja makannya di Medan Selera Maxwell Food berhampiran Chinatown, Singapura.

Saya rasa macam nak mati bila tengok burung merpati tu makin dekat dengan saya dan saya takut sangat waktu dia nak kejar saya. Ini bukan medan selera. Ini tempat penternakan burung!

Pelancong China.
Sumber: Pexels

Jelas wanita itu, dia cuba untuk mengatasi ketakutan yang dihadapi tetapi dia hanya boleh melihat burung merpati tersebut dari jarak jauh sahaja.

Di akhir video, pelancong yang kemerahan matanya menasihatkan orang ramai yang memiliki ketakutan sama sepertinya untuk mengelak dari berkunjung ke dua tempat iaitu zoo dan juga Singapura.


Netizen Kurang Senang Dengan Kenyataan Pelancong Dari China Itu

Namun begitu, situasi yang dihadapi oleh pelancong berkenaan telah meraih kritikan daripada rakyat Singapura.

Ini kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh wanita tersebut tidak mencerminkan keadaan sebenar di Singapura kerana hanya sesetengah lokasi sahaja yang dipenuhi dengan burung merpati.

Pada masa yang sama, ada juga netizen yang mempersoalkan ketakutan wanita itu terhadap burung berkenaan.

Sumber: XHS
Sumber: XHS

Walau bagaimanapun, seorang warga Singapura pula memihak kepada pelancong terbabit kerana bersetuju dengan kelakuan burung merpati di negara itu yang agak agresif.

“Saya tinggal di Singapura dan saya pun takut burung. Betul, ada banyak burung di medan selera. Jangan beli dan letak makanan di meja kalau nak pergi beli makanan lain. Nanti ia akan dimakan oleh burung,” kata netizen.

Sumber: XHS

Sekadar info, populasi burung merpati di Singapura meningkat disebabkan lambakan makanan di sana. Disebabkan itu, kerajaan Singapura menguatkuasakan undang-undang mendenda mana-mana individu yang memberi makan kepada spesies haiwan tersebut.

Ketegasan mereka dilihat apabila lebih 100 kamera dipasang sejak 2016 bagi mengesan mana-mana individu yang cuba memberi makan kepada burung-burung jalanan.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd