Now Reading
“Selalu Depa Baling” – Lelaki Kecewa Jiran Buang Sampah Dari Flat Hingga Cermin Kereta Pecah

“Selalu Depa Baling” – Lelaki Kecewa Jiran Buang Sampah Dari Flat Hingga Cermin Kereta Pecah

Seplastik sampah berisi objek berwarna hitam dan dipercayai kuah kari itu telah dibuang ke parkir kenderaan sehingga menyebabkan cermin kereta seorang penduduk flat sekitar Pulau Pinang retak.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui, ramai di kalangan masyarakat kini hidup berjiran. Namun bukanlah semua di kalangan golongan tersebut hidup dengan muafakat.

Hal ini berlaku disebabkan oleh tingkah laku jiran tetangga yang bermacam ragam, selain mempunyai salah faham antara satu sama lain.

Seperti sebelum ini, seorang pramugara bengang apabila jirannya bertindak ‘menyumbat’ sampah-sarap di bahagian tempat duduk pemandu sehingga menyebabkan bau busuk.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Bengang Jiran ‘Sumbat’ Sampah Dalam Kereta Akibat Salah Lot Parking, Pemuda Ini Buat Laporan Polis


Lelaki Bengang Jiran Buang Sampah Dari Flat Hingga Cermin Kereta Pecah

Insiden melibatkan perbalahan antara jiran tetangga sekali lagi berlaku.

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@ridhwan832), apabila seorang lelaki dikenali sebagai Ridhwan, mendedahkan sikap tidak bertanggungjawab segelintir penduduk di sebuah flat sekitar Pulau Pinang.

Menurut Ridhwan, terdapat pihak yang bertindak membuang sampah sesuka hati dari tingkat atas flat ke parkir kereta sehingga menyebabkan kerosakan pada kenderaan penduduk lain.

Menerusi klip video berkenaan, cermin kereta itu dilihat retak akibat objek berwarna hitam manakala sampah dipercayai kuah kari bersepah di atas but kenderaan tersebut.

Jelas lelaki berkenaan, laporan polis telah pun dilakukan agar tindakan lanjut boleh diambil terhadap penghuni flat yang terlibat.

https://www.tiktok.com/@ridhwan832/video/7357584027840220417

Kes Buang Sampah Ke Parkir Kereta Sering Berlaku

Ridhwan juga telah memuat naik satu lagi posting menjelaskan bahawa insiden sebegitu sering berlaku di pekarangan flat.

Daripada hantaran tersebut, sampah-sarap itu dilihat bersepah keliling beberapa buah lori yang meletakkan kenderaan di kawasan sama.

“Banyak sampah. Selalu mereka baling sampah dekat sini (parkir kereta),” ujar Ridhwan.

https://www.tiktok.com/@ridhwan832/video/7357593504983403777

Perkongsian Ridhwan kemudian mendapat perhatian orang ramai selepas dimuat naik semula di Facebook Penang Press.


Netizen Berang Lihat Kelakuan Tak Bermoral Pelaku

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa bengang dengan aksi jiran tetangga yang tidak bertanggungjawab.

“Spesis buta perut. Akal letak di lutut. Nak senang (tetapi) menyusahkan orang lain. Kena ambil tindakan tegas, tiada sivik,” ujar seorang lelaki.

Malah ada juga yang memberikan saranan agar pihak pengurusan meletakkan kamera litar tertutup untuk mengesan pelaku.

Sementara itu, ada juga individu berkata penduduk bernasib baik kerana sampah tersebut jatuh atas kereta dan bukannya jiran setempat.

“Mujur kena kereta, kalau kena orang? Nauzubillah,” jelas seorang lelaki.

Sumber: Facebook Penang Press

Baca Artikel Berkaitan: “Tak Beradab!” – Lelaki Berang Ada Jiran Parkir Kereta Sesuka Hati Depan Pagar Rumah Hingga Halang Laluan

Baca Artikel Berkaitan: Jiran Tumpang Jemur Kain Sampai Guna Pagar 5 Buah Rumah


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd