Now Reading
[Video] Gelagat Pelumba MotoGP Salah Ambil Motosikal Lepas Terjatuh Atas Litar Buat Netizen Terhibur

[Video] Gelagat Pelumba MotoGP Salah Ambil Motosikal Lepas Terjatuh Atas Litar Buat Netizen Terhibur

Dua orang pelumba MotoGP yang tersungkur di kawasan litar sehingga hampir tertukar motosikal adalah Ivan Ortola dan Stefano Nepa.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sukan permotoran adalah salah satu sukan yang diminati oleh sesetengah pihak di seluruh dunia lebih-lebih lagi apabila terdapat beberapa perlawanan perlumbaan seperti MotoGP.

Antara penunggang motosikal profesional yang terkenal dalam bidang sukan ini adalah Valentino Rossi, Marc Marquez, Dani Pedrosa dan banyak lagi.

Setiap kali menonton perlawanan motosikal ini, pastinya akan ada babak yang mendebarkan ketika melihat perlumbaan berlangsung.


Pelumba MotoGP Hampir Tertukar Motosikal Dengan Pelumba Lain

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@motogp), salah seorang pelumba motosikal yang menyertai perlawanan Americas MotoGP baru-baru ini telah mengundang perhatian ramai dengan gelagat mereka.

Dalam video berkenaan, pelumba dikenali sebagai Ivan Ortola dilihat telah tersungkur jatuh ke atas litar selepas berlanggar dengan peserta lain.

Pada masa yang sama, seorang lagi pelumba iaitu Stefano Nepa juga terjatuh di kawasan berhampiran.

Sumber: TikTok @motogp

Oleh kerana terlalu mengejar masa untuk memenangi perlawanan, Ortola terus bangun dan berlari ke tepi litar kerana menyangka motosikal yang tergelincir sehingga ke kawasan itu adalah miliknya, sebaliknya ia adalah milik Nepa.

Peka dengan keadaan yang berlaku, Nepa pantas berlari ke arah Ortola dan cuba menjelaskan bahawa motosikal berkenaan adalah miliknya dan bukan Ortola.

Selepas mengetahui perkara sebenar, Ortola dilihat berpatah balik semula sambil berlari ke arah motosikalnya.

Video berkenaan telah meraih perhatian ramai sehingga beraya mendapat 1.2 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@motogp/video/7357765866508815649?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=6967153737346041346

Netizen Terhibur Lihat Gelagat Pelumba MotoGP Tertukar Motor

Menjengah ke ruangan komen video tersebut, ramai netizen yang tidak dapat menahan ketawa selepas menonton gelagat pelumba motosikal terbabit.

Malah ada juga yang memuji kecomelan mereka berdua ketika ‘berebut’ motosikal yang terjatuh itu.

“Dengan lari terkedek-kedeknya,” ujar netizen.

Sementara itu, seorang netizen pula bergurau kononnya motosikal pelumba perlu diletakkan nombor plat supaya tidak keliru pada masa akan datang.

“Lepas ini kena letak nombor plat, tak buang masa,” kata netizen.

Kalau korang perasan, banyak komen-komen berbahasa Melayu kan?

Memang ramai rakyat Malaysia yang memberi respon terhadap video berkenaan walaupun aksi tersebut dimuat naik di laman rasmi TikTok MotoGP dengan 3.4 juta pengikut.

Sumber: TikTok

Perlawanan MotoGP Di Malaysia

Kepada peminat sukan MotoGP di Malaysia, anda juga berpeluang untuk menonton perlawanan siaran langsung yang kebiasaannya berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Sumber: CARETA

Acara sukan permotoran ini telah dilakukan pada tahun lalu dengan harga tiket serendah RM RM49.90

Buat pertama kalinya, Harga Rahmah itu diperkenalkan oleh pihak SIC bagi Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) di Grand Prix (GP) Malaysia 2023.

Baca Artikel Berkaitan: Tiket MotoGP Bawah RM50, SIC Perkenal Harga Rahmah Untuk Rakyat Malaysia


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd